Thursday, 29 September 2011

biasa je

aku gadis biasa yang diringi kehidupan yang sederhana tidak pula kaya.
Santuku tidaklah sesempurna yang disangka kadang-kadang emosi terlebih dari fikiran akal sendiri.
imanku belum tentu seutuhnya namun kucuba
kenapa? kerana aku gadis biasa-biasa saja juga bukan dambaan syurga.
siapalah aku nak dibanding seluas cinta Aisyah setabah hati asiyah sekental jiwa sumayyah..
ku ulangi ku gadis biasa.

cantikku tidak secantik ratu balqis
ku tak ingin cantikku pada pandangan lelaki
yang menjadi bualan bagi mereka
itu membuat aku sakit hati

Saat lamaran cinta yang tidak ku duga
ku tepis sehabis-habisnya
bukan kerana ku tidak memerlukan cinta
bukan juga kerana cinta itu satu dosa..
tapi biarlah kunanti yang benar-benar sah untukku..
biarlah manusia mahu kata aku apa
tapi ku tak ingin itu semua

aku gadis yang biasa ini,
segan dikerumuni ramainya lelaki
yang tiada tujuan dan halnya.


aku gadis biasa ini,
tak dapat mendustai hati
dan perasaan dalam lubuk nurani,

Tiada kasih dan cinta serta rindu yang bergelora
dapat kulabuhkan sebelum hadirnya dia
dan Allah tempat ku melepaskan segalanya
teman taulan kusemaikan kasih
umi dan ayah teman ku bermanja..
Andai itu yang menjadi jalanku menuju redo-Nya..
andai itu juga dapatku menjaga hati dan perasaan ini untuknya
yang bakal bertakhta di hati

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!

No comments:

Post a Comment