Wednesday, 28 September 2011

:)

mujahid  dambaanku
kau rebutan bidadari syurga
tapi nilai wanita solehah tiada tolok bandingnya dengan mereka
ini kerana iman dan cintamu pada Pencipta
yang menjadi dambaan wanita dunia
bidadari syurga merinduimu disana
tetapi wanita dunia lebih merindui dari mereka
kerana disini kurangnya lelaki yang pegang pada Agama.

mujahid zaman ini
susah untuk dicari
yang benar-benar mencintai Illahi
menjunjung hukum dengan hati
yang imannya tegak berdiri
taktala iman yang lain tersungkur mati

meskipun engkau tidak setampan yusof
tampakanlah dirimu dengan ilmu agama
initi akhlak yang mulia
bukan untuk dipuji manusia,

meskipun engkau bukan khalid al-walid
yang berjuang di medan jihad
perangilah nafsu yang berlegar dalam diri
agar kuat kau menempuh arus dunia ini

meskipun engkau tidak sehebat Rasulullah
menyampai risalah dengan ketabahan dan kesabaran yang tinggi
berpesan-pesanlah kearah kebaikkan
walaupun sedikit itu yang paling bernilai.

Andai kau menjadi kumbang buat si bunga
jadilah pelindung dikala dia lemah menongkah erti hidup
didiklah dengan penuh kasih padanya
kerana si bunga ini tercipta daripada tulang bengkokmu
luruskanlah ia dengan berhati-hati
agar tidak rapuh dan tidak pula disakiti

Bunga yang dkirimkan kepadamu
bakal menjadi sayap kirimu
mendokong setiap perjuangan
agar tidak kau kecewa
lantunan kalimah dari si bunga mampu menguatkan jiwa yang lelah
saat jalan hidupmu diduga
dialah pendamping setia
maka didiklah dia
agar terciptanya mawar yang menjadi dambaan lelaki dunia
tapi sudah dimiliki oleh kumbang yang pekerti mulia.

wahai mujahidku,
gambaran dirimu yang tidak sempurna
tetapi sempurna pada kaca mata yang mengenali
cukuplah Allah yang menjadi juri
menilai apa yang dilakukan dengan keikhlasan hati.

No comments:

Post a Comment