Sunday, 11 September 2011

A day


tiap hari..tiap cerita aku lalui..
dalam mewarnai hayyat yang penuh drama dan sketsa tersendiri..
alam realiti bertempur dengan cabaran yang hadir..
alam fantasi bercinta dengan impian dan khayalan..



begitulah juga bumi..
yang menggantikan hari-hari dalam kehidupan penduduk bumi..
berputar pada paksi..
mula matahari menunjukkan diri
menjadi tugasan saban zaman,saban tahun,saban hari..
itulah dia matahari..
setelah sang matahari membenamkan dirinya 
bulan muncul sebagai ganti ..
cerahnya menerangi lorong-lorong bumi ..
bersama kerlipan bintang-bintang  di langit
menandakan malam sepi pula yang dilalui..
sementara menunggu hari esok kembali..
itulah tanda kuasa Illahi..

semakin beralihnya zaman..
kini zaman dan hari yang aku lalui telah sampai ke penghujungnya..
kesempitan waktu terasa,
kini aku pula mengejar waktu..
sentuhan waktu berlalu tanpa henti..
terus berlalu dan berlalu..
seperti aliran sungai-sungai yang dicipta..
mata pejam dan celik kembali..
lihat gelap kebiruan subuh hening
dan terangnya dhuhah itu..
seterusnya, panas teriknya tengahari
dan damainya senja telah berlalu..
malam kembali ke tempatnya..
24 jam sehari.. namun ,apa yang telah dibaktikan pada waktu itu?

Kala lautan mengalunkan ombak..
kala burung mengalunkan kicauan,
kala langit mengalunkan suasana..
kala hari terus pergi meningggalkan kita..
kala itu manusia rugi tidak semena..
betapa ruginya kita tak manfaatkan waktu yang diberi..

kerana zaman,tahun,hari dan waktu..
tidak akan berulang seperti khayalan kita..
pergi dan terus pergi..
kita hanya disini mengejar dan terus mengejar
melakukan kemanfaatan dan kesempatan yang diberi..
aduhai diri..


No comments:

Post a Comment