Friday, 9 September 2011

berfikir..mentafsir..ingati diri.







lihatlah panorama dunia..
kita dipersembahkan  dengan berbagai kisah manusia..
mencari teladan dan menafsir suasana.
bijaklah dalam menongkah lautan dunia..
kerana kebanyakkan isi dunia ini yang diisi dengan tipu daya..
justeru itu, ingatilah diri..
agar tidak lencong dari landasan Illahi..

dengarlah suara iman yang membisik halus..
tika jiwa kegundahan ,
ingatlah peringatan dariNya,
tika nafsu mula menghasut fikiran dan jiwa,
jauhilah kata-kata syaitan,
tika marah mula membara..
sejukkanlah diri dengan sujud pada yang Esa,
tika hati masih dilanda pergelutan ..

tafsirlah alam ini,
tika diri rasa resah dengan alam fana di sini.
sentiasalah bersyukur pada Dia,
tika ni'mat yang datang masa ke semasa.
burulah cinta Allah
tika manusia memburu cinta dunia.
panahlah tujuan untuk mencari redoNya,
tika manusia sibuk mencari  redo manusiawi

kembaralah mencari harta untuk akhirat
tika manusia kembara mencari harta untuk dunia
kukuhkanlah kedudukan untuk utuh berdiri di jalan akidah
tika dunia sudah tidak lagi utuh menampung manusia dibumi

eratkanlah ukhwah antara sahabat sahabiah,
tika mereka berpecah belah,
perliharalah iman dihati,
tika ganguan keras untuk iman dicerobohi..

lakukanlah apa yang diimpi
jangan sampai menyesatkan diri..

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment