Tuesday, 27 September 2011

nota hati :aku juga sepertinya

Ya Allah,
aku telah jatuh cinta keranaMu,
bukan kerana rupanya
bukan juga kerana usikkanya
tetapi kerana agama yang ada pada dirinya

ya Allah,
aku mencintai hambaMu jua,
yang peribadinya tidak dapat ditonton mata,
mencerminkan hati seorang manusiawi
sabar dalam kacaunya perasaan..

Namun ya Allah,
bertapa besar jua perasaan ini pada dirinya..
ku tidak mengharapkan seribu harapan padanya
kerana ku ingin jauh sekali dari panjangnya angan-angan,
ku ingin menjauhi maksiat hati
segala pertemuan, rezeki dan maut hanya Engkau yang mengetahui.

Mungkin ku tidak pantas meraih sebuah kasih darinya,
hanya persahabatan di atas jalanMu ku dambakan..
aku berusaha untuk tidak kecewa di atas apa yang Engkau takdirkan untuk diriku..
segala yang Engkau aturkan adalah yang terbaik..
Andai ku kecewa, perliharalah imanku..
berilahku petunjukMu ya Rabbi..
agar aku tidak jauh dari yakin terhadapMu
sebaliknya semakin dekat diriku kepadaMu..


telah Allah menciptakan kita di dunia ini berpasang-pasangan.
ya Allah,
engkau mengetahui naluri hambaMu ini..
kuingin jodohku yang bakal bertakhta dalam hidupku
adalah yang soleh,
yang taat padaMu dan mencintai kekasihMu ,Muhammad..
yang membawaku terus ke jalan keredhaan,
bukan kesesatan dan kemaksiatan..

sehingga kini,
aku hanya bermain dengan perasaan yang penuh berteka-teki
tetapi ku masih sedar dan tidak bermimpi.
ku teruskan perjalanan
walaupun hati berbisik cinta
perit juga rasa ini..
namun hanya Allah pengubat segala teka-teki ini..
'ya Allah, damaikan hatiku dengan cintaMu yang sedang mengalir dalam jiwa ini'

Ya Allah jauhkan aku dari pandangan kemaksiatan dan bisikan syaitan..
Amin ya Rabb..




No comments:

Post a Comment