Sunday, 11 September 2011

secebis kata

inilah hadiah dariku..
secebis kata untuk diingati..
buat teman seiring berjalan,berlari mencari kejayaan
dalam duka dan suka kita tetap kukuh berdiri
meski halangan datang tak terbilang..
namun kalian ketahui pahit kesabaran kerana manisnya sebuah perjuangan

aku manusia yang dhaif lagi penuh kedhaifan,
hina penuh kehinaan,
lemah penuh kelemahan..
namun di mata kalian aku insan yang penuh daya tersirat kelebihan..
aku beri apa yang aku mampu sebagai teman..
peringatan bersama untuk mencari Tuhan..
mengukuhkan keimanan..

kerana sayangku kepada kalian kerana Illahi..
juga mencari keredhaanNya..

aku disini ingin
membawa kalian merasai manisnya ukhwah di dunia terus ke syurga..
sedih nurani ini andai kubiarkan kalian hayut dalam hasutan dunia ini..
tidak selamanya kesedapan dunia ini berkekalan dalam kehidupan..

kalian telahpun disedarkan satu persatu muslihat dunia,
peringatan dari ustaz tercinta..
janganlah hanya sedar sesaat dua..
bersamalah masukan ia ke dalam jiwa..
fikir dan tafsir..
tarbiyyah diri..

ku ketahui..
dalam lubuk jiwamu  impikan diri menjadi sebaik-baik hamba Illahi..
niat tulus ingin menggali perubahan..
mencipta iman yang baru..
jom lah kiteww tinggalkan kalimah yang mengundang dosa..
buikan mulut dengan zikrullah walau sesaat dua..

aku juga ada derita,
ada cerita luka..
kujuga tahu..kehidupan manusia penuh ranjau berliku..
pintalah dengan rasa kehambaan..kehinaan penuh pengharapan pada yang Esa
mengadulah pada Dia perit dan luka kita..
rintihlah pada Dia bersama linangan air mata penyesalan kita..
Allah sedang mendengar rintihan kita teman!
Allah sedang memandang kita teman!
Dia tidak pernah HILANG!
kita yang sering lupa padaNya...

berbicaralah denganNya teman.. 
sesungguhnya Allah Maha mendengar..dan tiada batasnya.
Allah maha melihat dan tiada batasnya
Allah maha pengampun dan keampunanNya yang kita mohon dariNya.


kita dianugerahi kegembiraan dariNya..
sungguh Dia mengetahui, kita hambaNya ini memerlukan hiburan sebentar..
bersama mencipta seloka..
menjana sketsa dunia..
ketawa merawat sedih di dunia..
namun.. ketika duduk,ruku'dan sujud ingat pada Illahi kita kembali tenang selamaNya.

kita berusahalah menjauhi persengketaan..
melawan dengan kesabaran..
kerana itu adalah hasutan syaitan
yang ketawa apabila melihat permusuhan
bunuhlah ia denga sifat mahmudah yang ada,
husnuzonlah ketika melihat penampilan teman kita yang lain..
andai tingkah lakunya tidak menyenangkan hati kita..
bawalah berdoa agar Allah membuka hatinya untuk menyedari..
bukankah itu lebih baik??

ketahuilah kalian..
aku penuh dosa-dosa..
tak terhitung dengan formula yang kita pelajari..
sungguh ia beban di belakangku..
ku juga mengingati diri sendiri..
ada detik..ku tidak kuat menempuh dunia ini..
dosa ini bagai duri mencucuk..
gelaran 'ustazah' itu menjadi bebanan padaku..tetapi ku ambilnya sebagai gurauan
AKU TAK SEMPURNA!
aku juga tahu aku TAK LAYAK!
aku tidak mengharapkan pandangan manusia.. yang kuharapkan pandangan Illahi..!

aku juga tidaklah sebaik mawar yang terselindung rapi..
jauh dari kerosakkan..
aku juga punya keburukkan yang aku sendiri tak ketahui..
maka.. sentiasalah ingatkan diriku ini..
ketika kelalaianku menerjah dalam gelak tawa.
sama-samalah kita saling memperingati ke arah kebaikan..
menegur kesilapan dengan kasih dan sayang
moga Allah menyelamatkan kita dari azab api neraka

bawalah aku juga menuju syurgaNya
jangan tinggalkan aku dalam kealpaan dunia..
jauhilah diriku dari api Allah juga.
Aku Tak SANGGUP teman..
aku tak SANGGUP!




teman,
Umar Al-khattab berkata :

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yg soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh"

aku ingin memegangnya bersungguh-sungguh kerana itulah ni'mat yang Allah kurniakan..
dan kerana telah tersamai sudah indanya kasih sayangku bersama kalian meski ada kurang dan lebihnya.

ku bersyukur pada Tuhan yang telah meberi pelbagai ni'mat pada diri ini dan diri kta semua!


terimalah buah tangan penaku ini..
yang tidak sebarapa kalimahnya..
namun ia lukisan nurani..
dari mata ke akal akal ke hati..

insyaAllah..

No comments:

Post a Comment