Monday, 31 October 2011

jangan menghukum mereka

Assalammualaikum wbt.

saya mahu share something pasal mereka sepintas lalu. hal ini kerana, dari mula saya melangkah keluar dari gerbang rumah hingga sampai ke destinasi yang dituju dan pulang ke rumah.. saya melihat masyarakat hari ini. menapak di dunia ini, melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pekerja dan seorang insan yang bertatih dalam kelompok masyarakat kebanyakannya sibuk dengan urusan masing-masing. taktala, hati ini diketuk kesedaran.. ya Allah, lihatlah orang sekelilingku mereka benar mencari rezeki dan kebaikan atas segala pemberianMu termasuk lah aku yang berdiri di atas bumi ini.

di malaysia ini berbilang bangsa.. islam dan bukan islam duduk di satu bumbung yang sama mengaut rezeki apa yang ada dan selagi ada. disebabkan kita hidup dalam masyarakat kita haruslah berusaha memahami dan mengerti. fokus pada masyarakat islam.. terutamanya ada sesetengah remaja yang memilukan, sedih sekali untuk diungkap apatah lagi untuk memandang mereka. sayu sekali.. aku tidaklah baik mana nak cakap mcm tu. tapi itulah realitinya. barangkali mereka tidak tahu atau buat-buat tak tahu. wallahu'alam tapi kita yang tahu serba sedikit itu bukanlah beerti menjauhi diri dari mereka yang tidak tahu..

sebaliknya, harus mengajak mereka kembali pada Dia walau sedegil manapun, kita telah melaksanakan tugas kita.. kerana hidayah bukan datang dari kita, tapi Allah. Rasulullah sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya abu talib hingga ke akhir hayat dia. kerana? yang membuka pintu hatinya untuk menerima islam adalah Allah.. hanya Allah. oleh itu, kita tak boleh menghukum seseorang. 'eh, kau! pakai tudung lahh. berdosa tahu buka aurat,neraka perginya' no.no.no. nak mengajak orang ke arah kebaikan bukan cara paksaan tapi dengan penuh hikmah. kita amik iktibar dari seorang pelacur. ya, zaman ini pelacur sebagai kerja yang tak bermaruah dan terkutuk. namun, hanya kerana seorang pelacur ni memberi minum pada seekor anjing ,Allah beri dia syurga tahu.

kesimpulannya,jangan dibilang ibadah solat beribu rakaat belum tentu syurga Allah kurnia , hamba2Nya masuk syurga bukan banyaknya amal tapi rahmatNya yang sangat meluas. pandang mereka yang tidak tahu itu dengan pandangan kebaikan..semoga dia terajak melakukan kebaikkan. dengan izin Allah.
begitu juga pandangan kita pada yang non-muslim.. pandang mereka dengan kebaikan juga, moga-moga dia terajak mendambakan islam dalam jiwa mereka dan bersyahadah . Allah.. jangan pula kita yang terpengaruh dengan mereka. mantapkan akidah dan iman kita ya? minta pada Allah

at last, jangan lerr menghukum seseorang disebabkan kesalahan dia ketidaksempurnaan sesiapa pun kerana tidak semestinya mereka salah sepanjang masa. mungkin merekalah yang mulia untuk dibandingkan dengan kita. jangan memandang sinis pada mereka yang tidak seperti kita..jangan mensia-siakan ilmu dan amal kita disebabkan hina memandang mereka. jangan,jangan..



yang baiknya dari Allah, yang penuh kekurangan itu datang dari diri saya sendiri
wallahu'alam

No comments:

Post a Comment