Saturday, 8 October 2011

kata-kata :

lepas membebel sendiri di laman twitter, tiba-tiba Allah call.. "Allahuakbar,Allahuakhbar! " bergema surau Al-mustaqimah yang masih kukuh berdiri. gemersik suara pak bilal yang sudah dimakan umur kedengaran hingga ke pelusuk lorong-lorong taman jaya.

Ana di ruang tamu masih berguling-guling, baring melenakan badan.. saat azan sudah habis dilaungkan, masih tak terangkat diri untuk amek wudhu' "berat sungguh badan ni nak bangun.." rasa malas pastinya ada! aduhhh.! "sabarlah dalam melaksanakan perintah Tuhanmu" teringat kata-kata tu dalam buku mutiara kebijaksanaan Islam yang tak habis dibaca . even dah lama beli..  nak pergi bemesra-mesra dengan Dia lahh, rasa tenang sikit..

sejadah yang bewarna coklat tu,ana hamparkan.. debu-debu dilantai bertebaran, nampak sangat dah lama tak menyapu.. ish! ish! sujud dan ruku', aku masih dapat solat berdiri. kasihan nenek-nenek, atok-atok yang kena solat duduk. tak dapat rasa dahi dan hidung turut sujud ke lantai menghadap Tuhan yang Esa. "sepanjang kamu sujud, doalah apa yang kamu nak" dalam hati ana,memohon segala-galanya.

bila ingat balik segala kata-kata yang ana sampaikan di facebook dan twitter tu "apa yang kamu sampaikan,apa yang kamu katakan..kelak,akan disoalkan di makhmah akhirat" , duduk merenung ukiran sejadah tu..sekian lama ..imbas kembali.. ana sebarkan kata-kata peringatan.. adakah ana dah laksanakan dengan penuh keikhlasan? "niat lah kerana Allah" ya..kerana Allah ana sampaikan. untuk kebaikkan semua friends ana kat situ. "bukan kita nak menunjuk apa yang kita tahu" hmm.. apa salah berkongsi.

rasa bersalah pula sebab mungkin ada yang terasa hati.. tapi untuk kebenaran tiada salahnya donggggg! so, mereka kenalah terima kebenaran. sebab kebenaran itu datang dari Allah.. tiada yang tipu dan dusta! yakinlah.. dengan kata-kata kebenaran.. jangan takut dicela manusia,apatah lagi takut murka manusia.. sebab murka Allah itu lebih dahsyat!  na'uzubillah.. takutlahh kita dengan murka Allah adek adek..

terngiang-ngiang suara ustaz huzaifah "siapa yang ajak orang lain solat, sedangkan dia sendiri tak solat.. dialah orang pertama yang dibakar oleh api neraka Allah"  begitu jugak dengan kata ini "pendakwah yang kata tak serupa bikin, dia yang kena api neraka dulu sebelum yang lain" samadengan ..equals to, sesiapa yang mengajak ke arah kebaikkan sedang diri dia tak terajak melakukan kebaikan.. dia yang pertama rasa perit api Allah!!  "ya Allah..aku mohon keampunan dariMu" setiap kali dengar kata-kata ustaz tu.. ia buat ana berhati-hati.. ilmu yang ana ada ana nak kongsikan "ada ilmu tanpa amal sia-sia" ana cuba untuk kongsikan dengan kawan-kawan.. supaya dorang tahu, dan sebarkan juga.. plus amal. ustaz nasrum pulak kata "memang.. terkadang kita pun tak mampu nak amal semua..tapi lakukan perlahan-lahan tapi istiqomah yang penting" Allah suka perkara yang kita buat sikit-sikit tapi berterusan.. akan dicuba.

insyaAllah..
wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment