Tuesday, 25 October 2011

kugengam kalamMu

tangan bertelakup di atas meja
letih dengan masalah dunia
yang bertebaran dalam kepala
rasa tidak tenteram pula jiwa
lesu memikirkan bagaimana
kuingin ruang yang luas...
LUAS untuk aku kembali semula

ya, diri ini memerlukan ketenangan.
"ala bizikrillahi tatmai'nul qulub" 
dengan hanya mengingati Allah, hati akan tenang

ketenangan dari hasil sebuah keindahan..
melihat lukisan alam.. teringatkan akan Penciptanya.

ketika melihat keindahan lukisanMu Tuhan
terhenti nafasku tanpa sedar taktala memandangnya
satu kerdipan pun tak mampu untuk aku lepaskan
terasa rugi pada pandangan hati
dari berpaling menyaksikan keindahan ciptaanMu
Hanya tasbih puja dan puji padaMu
dari lubuk nurani yang benar-benar kagum
terdetik secebis keinsafan
moga hati ini dipenuhi rasa sentuhan kasihMu
melalui keindahan yang telah Engkau cipta
walau jua hati ini berada..

Allah itu Maha Indah. Dialah yang paling indah dan Dialah pemilik segala keindahan. Maka, kepada jiwa-jiwa yang mahukan keindahan, kenalilah pemilik keindahan itu. Nescaya keindahan itu akan datang dan menjadi milikmu. 

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Al-Fajr:27-30)

ya Rabbana..ya Rabbana..ya Rabbana!

No comments:

Post a Comment