Saturday, 22 October 2011

puisi Serikandi Siti Hajar


Siti Hajar wanita mulia,
insan terpilih dan istimewa,
perintah suami dituruti segala,
diduga Allah meningkat imannya,
biarpuan ditinggalkan dilembah tandus,
dan gersang,
bersama Ismail puteri tercinta,
jiwanya tabah menempuh rintangan.

Perintah Tuhan Hajar laksanakan,
di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
bekalan makanan sedikit tersisa,
habis semua kembali lapar dan dahaga,
kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
terpancarlah air mata zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.

Bukit safa dan marwa menyaksikan keimanan,
berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
hikmah disebalik apa yang dilakukan,
itulah sai dikerjakan insan.

Menunaikan ibadah haji,
diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
di kota Mekah manusia mengerumuni,
mengakui kelemahan diri,
dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
mencari redho daripada Illahi,
kerana Tuhan adalah..
Yang Maha benar dan hakiki.


petikan dari buku citra cinta dan pengorbanan : Siti Hajar :)

No comments:

Post a Comment