Tuesday, 25 October 2011

A reminder for me and YOU.

Setiap ketentuan pasti ada kebaikannya.
walaupun kita tak ketahui apa dia.

Allah wujudkan di kalangan manusia ada yang buta atau bisu.
apa yang boleh aku kata,
sungguh beruntungnya engkau!
kenapa?
kerana fungsi mata kadang-kadang disalah guna
tapi berguna pada mereka yang bijak menggunakannya
kerana fungsi mulut sering disalah guna
tapi berguna bagi mereka yang bijak menggunakannya

dari pandangan mata, terbitlah kata-kata
yang baik mahupun sebaliknya
terjaga pandangan dari melihat yang sia-sia
terhindar dari dosa yang tak sengaja

mereka sering dihina
sedangkan mereka paling mulia untuk dibandingkan dengan kita


mereka hanya buta pada mata
tapi cukup terang melihat dunia
mereka hanya bisu untuk berkata-kata
tapi tidak untuk menyampaikan rasa.

jiwa mereka sekental besi
walaupun mereka buta pada mata
hati mereka tidak pernah buta
Al-quran itu mereka hafal tanpa banyak halangan
sedangkan manusia sempurna suka membuat  halangan sendiri

jiwa mereka setenang selapang langit itu
walaupun mereka bisu
hati mereka menyeru nama Tuhan yang satu


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah dalam GENGGAMAN.


Alhamdulillah wa syukrilillah :'>
aku dicipta cukup sempurna, akhlaknya.. INSYAALLAH!



#benda ni ana buat masa exam chemis tadi, tetiba terlayang pulak. hee.

No comments:

Post a Comment