Friday, 7 October 2011

saat iman dan akal bersoal jawab

"dorang ada boyfriend, kau ada? tak laku lah tuu" perli si fulananah kat kawan dia.

"memang takde sekarang tapi Allah dah tentukan siapa dia yang halal untuk aku suatu hari nanti" balas gadis tu dengan tutur kata yang tersopan sekali.

"kenapa kau tak nak cari boyfriend ek? semua yang nak kat kau. semua kau reject , apahal?" banyak tanya pulak si fulanah ni :D

"sebab aku tak mau cemarkan hati aku dengan angan-angan yang tidak menjadi kenyataan, waste my time!" balas si gadis dengan matanya bergulung.

" kau takde rasa nak ungkapkan iloveyou kat sesiapa ke?" soalan agak bijak dari fulananah.
"ada, buat masa ni untuk Allah,dan my family dan kawan2. suatu hari nanti..untuk suami aku pulak" goodgirl.


"kau tak rasa jeles, bila kita keluar ramai2.. yang lain semua ada couple dorang.kau pulak sesorang. tak rasa tk best ke? " adoiii soalan diaa..

si gadis diam.

"setiap manusia ada malaikat yang menulis keburukan dan kebaikkan kita. best ke bila menimbum je dosa yang malaikat Allah tulis bila kita seronok berpegangan tangan dengan bopren ni. dia ke yang tanggung dosa? aku tak jeles, sebab aku tak nak Allah jeles..sebab kita sibok nak bermesra dengan manusia, bercinta yang belum halal baginya tapi cinta kita kat Allah..cipot je." panjang lebar si gadis menjawabnya.

" kalau ada bopren,sekurangnya kau ada tempat mengadu.. boleh share storymorry" fulanah bagi saranan.
"cukuplah Allah tempat aku mengadu.. cukuplah dia tempat aku berkongsi. Allah sayang hambaNya yang selalu mengadu kat DIA" balas si gadis dengan senyuman yang melebar :))

saat itu fulanah terdiam sepi.... dan tiada lagi pertanyaan yang bijaksana dari dia.

tahu tak siapa fulanah tu?  fulanah tu lah akal yang dihasut
si gadis tu lahh iman dalam jiwa.

cinta remaja memang banyak ragamnya..
bila diajak, rasa seronok nak mencuba
tapi cubalah untuk tidak menerima sekarang..
sebab banyak buruknya..
kenapa? sebab antara kalian adanya syaitan..
antara kalian adanya murka Allah.. jauhilahh ek.
pilihlah cara halal dengan.. menikahi kalau dah sampai seru. hekhek :D
insyaAllah.. lebih menguntum cinta, lebih diredhai oleh yang Maha Pencinta.

wallau'alam
Assalammu'alaikum =)

No comments:

Post a Comment