Tuesday, 8 November 2011

aku pasrah

hari ini aku mahu bertekad,
tersenyum walaupun hati sedih bagai dipalu,
aku tekad untuk menerima..
setiap yang menjelma.
tertera sesuatu yang sangat menghampakan aku,
tapi..
saat aku melangkah keluar..

ya Allah..permudahkanlah urusan hambaMu ini, 
jauhilah aku dari dukacita.
segalanya aku akan pasrah dan aku terima ..
Amin.

dan..

aku tahu pasti ada yang mengecewakan,
tapi, Allah tak pernah sekali mengecewakan aku..
meski aku kecewa walaupun tidak pada riak muka
Allah sangat baik..memberi ketenangan.
dan aku 'cool' menghadapinya..

lagu berjalan tanpa henti itu sangat mendalam maknanya,
bagi aku..
yang sedang mengorak langkah bagai seorang bayi..
yang mahukan kejayaan.. 
tetapi setiap kali aku daki.. pasti jatuh!
sangat memilukan.
tetapi perlu kah kita berhenti berjalan walau kita gagal?
adakah tiada kemenangan nanti?
kita harus terus berjalan..dan berjalan dan bukan dengan kekosongan,
tetapi berjalan mencipya kejayaan, memperbaharui keazaman
walau banyak kali menyusuri sungai kegagalan..
itu dugaan..( banyak kali dengar orang pesan mcm ni )

dan hari ini aku berjalan dalam kepasrahan..
kerana hari ini aku berjumpa dengan kegagalan..
tak mahu aku laluinya, sangat tak mahu!
tapi harus juga aku lalu..
lantas, aku pasrah.. tiada apa yang dapat diulang kembali..
dan terus pergi.
itulah ibrah untuk aku sebagai seorang pelajar yang rajin/. ( AMIN ~)

dan setelah itu, aku tersenyum kembali!

gambar last year/2010. rindu ohh spek cantekku ini!
Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment