Thursday, 17 November 2011

aku punya mereka

umi..umi..umi dan ayah..

umi,
jiwamu kuat..
kadangkala engkau menjadi penat
jauh disudut hati ku..
aku kagum dengan jiwamu..
walau dirimu tak sempurna..
aku tidak kira..
bagi aku tak mengapa..
aku mengharapkan Allah sentiasa memandangmu Mulia..
kau sentiasa meningatkan aku, jadikan Allah hal utama.
dan kau juga menjadikan Allah hal utama,
kau cuba menuju harapan..
harapan membawa kami ke arah kebaikan,
bersama dirimu untuk menjadi lebih baik membaiki kelemahan,
aku juga turut serta..menambah apa yang engkau tak ketahui
dan kau menerimanya dengan senyuman puas hati..
tapi ada satu hal yang berat untuk aku lakukan..
biarlah dia menjadi rahsia hati..maafkanlah umiku.

umi,
kau tegar menghadapi segala duga,
walau aku tak tahu semua,
aku tetap dengar dari mereka,
walauapapun agama Allah kau tetap pegang jua..
sebarkan dakwah dimana-mana.
aku kagum petahmu menyampaikan ilmu..
aku dirembat rasa mahu itu.
kau juga sabar tabah dalam segalanya..
meski hal itu pedih untuk dirasa..apatah lagi untuk menerima..
aku punya persoalan..bagaimana kau menghadapinya?
walau aku bukan darimu.. tapi aku menerima hati terbuka menyayangi dirimu..
aku harapkan engkau juga begitu.

umi,
jauh sekali untuk melihat wajahmu..
apatah lagi memegang erat tanganmu..menciummu..
kita dipisahkan dek berjuta batu..
kadang-kadang hati dilintasi angin rindu..
untuk bersua denganmu..
aku tidak punya rezeki untuk menziarahimu..
tapi dalam doa kudusku..
aku mohon agar kau sabar dan sangat tabah menangani perasaan rindu
buat 'dia' disini..
semoga engkau aku ketemu jua di umur yang ada ini..
dan terimalah kehadiranku untuk menyayangimu dan menyayangiku..

hanya ini yang aku ingin kata..
terima kasih.. kerana aku punya mereka.
dan ketahuilah aku menyayangi mereka..
aku tak pernah rasa kesal dan dengki dan sifar mazmumah yang merosakkan hati ini..
aku syukur padaNya kerana inilah realiti kehidupan aku..
aku punya mereka :)

No comments:

Post a Comment