Thursday, 10 November 2011

Allah tahu.


inshaAllah, cuti akan datang. saya akan masuk kembali ke maahad, mengisi masa cuti selama 2 minggu. sebelum itu kena lunaskan urusan sekolah sebelum pergi, takdelah sampai sana tak tenang, sebab ada benda yang tak selesai lagi. menganggu proses menghafal. dengan menghafal al-quran juga hati ini tenang and and..pahala pun dapat ,saban hari memandang ayat-ayat Allah sambil memasukkannya ke dalam kotak minda saya.

Masa cuti,orang sibuk nak pergi tuisyen sebab nak cope balik subjek-subjek form 4. syaitan ini sentiasa membuat aku rasa tenang 'rugilah nanti, orang lain sibuk tuisyen..aku duk kat maahad' jahat kan ayat aku? ya Allah! masa tu fikir nanti tak cukup masa, busy..macam-macamlah. tapi saya tekad bahawa.. Allah tahu hambaNya ini ambil dua aliran yang berat hanya untuk mencari redhoNya.. mohon pada Allah, agar segala urusan kehidupan saya ini tidak dipersulitkan walaupun Allah persulitkan pasti ada kemudahan lepas itu. 'aku yakin bahawa Allah tahu..!'

'kenapa aku teringin sangat nak hafal al-quran?'
sebab dengan menghafal al-quran kaedah yang mujarab untuk melupakan sesuatu,
sebab orang yang hafal al-quran ini minda dia mengembang.
sebab ... sebab yang ni saya rahsiakan , hanya saya je yang tahu.
banyak sebabnya actually.

adalah seorang kawan ni kata, bila hafal quran dan kita lupa, kita berdosa.
dan ustazah bagitahu Allah itu maha  mengetahui.. kalau kita dah khatam hafal quran, kita kena ulang balik mana yang lupa tu..sikit-sikit pun takpe. tapi jangan lupa semua. membuat hati rasa tenang kembali nak hafal quran.

Allah maha mengetahui isi hati hambaNya..kesulitan yang dihadapi, apa yang merunsingkan hambaNya..
Allah sudah pun tahu, tapi tak bermakna kita tak perlu mohon pada Allah agar dipermudahkan segalanya..mintalah, ALLAH pasti dengar dan mengabulkannya.

wallahu'alam
Assalammu'alaikum :)

No comments:

Post a Comment