Monday, 14 November 2011

dari hatiku yang berbisik

Aku terima seadanya, aku sangat gembira bersama mereka..teramat gembira sampai aku terlupa pada Dia. salah aku mungkin, lalai mengawal keadaan diriku yang berbolak balik ini.

ya Allah, ya Tuhanku yang membolak-balikkan hati ini..tetapkanlah aku dijalanMu..

adakalanya, aku sedih melihat mereka..
aku cuba sedaya upaya yang ada..
ingatkan mereka tentang tingkah kita di  dunia,
bukan hanya aku tapi ada antara mereka yang juga..
nasihat demi nasihat..
peringatan demi peringatan..
adakah itu hanya seperti sehelai kertas yang beterbangan sana sini?
kenapa wahai diriku!

Aku terima seadanya, sifat mereka yang tak sempurna..kerana aku juga tidak sempurna..
mungkin desakan emosi, tatabicara menyakitkan telinga didengari..aku juga begitu
aku hanya diam, tanpa menyoal apa-apa..
aku perhati diri.. aku juga pernah begitu?

dosa dan pahala bukan ditanganku..pada Tuhan yang mengitung segalanya.
tak mustahil juga.. hanya kerana kita semua beristighfar..meyebut nama Allah.. atau membuat sebarang kebaikan dengan ikhlasnya.. Allah memberi kita syurga.

ada satu kisah seorang lelaki semasa dirinya dihisab dihadapan Allah.. tercari-cari apa kebaikan dia buat di atas dunia.. puas mencari, dan akhirnya terjumpa hanya satu kebaikkan.. iaitu, di atas dunia dia seorang yang kaya.. tak buat apa kebaikan, selalu beri hutang pada yang menghadapi masalah kewangan. dan dia pesan pada pembantunya dia berkata ;
kalau ada sesiapa yang meminjam wang dariku tapi dia tidak membayar kerana dia sangat susah..maka kau lepaskanlah dia.
dan Allah seraya berkata :
disebabkan kau melepaskan hamba Aku yang susah dari hutang,maka Aku lepaskan kau dari azabKu..  ( tak sure, tapi ada dengat ustaz tu cakap mcm ni la, kalau ada yang salah tolong betulkan :)

kesimpulannya disini sayangku,
rahmat Allah lebih banyak dari murkaNya pada kita. disebabkan rahmat Allah yang sungguh luas tu  , fastabiqul khairat..berlumba-lumbalah membuat kebaikan.. walau hanya satu kebaikan yang kita mampu buat..jadikanlah ia amalan harian yang berterusan.


aku cuba husnuzon pada kalian..
'kenapa dah tahu tapi buat juga?'
mungkin kerana hatimu belum terikat untuk melakukannya,
mungkin juga dirimu pernah memperbaikinya..masih dalam proses membaikinya,
aku cuba mengerti.kerana kalian adalah insan yang masih bertatih sama seperti aku.. dalam menuju redhoNya


tiada niat dihati untuk menghukum kalian, apatah lagi mengkritik.. hanya kerana sebuah ikatan kasih sayang aku berikan..dan untuk rohku, jasadku yang menjadi milik Tuhan ini..

dan untukku dan mu..

'kita bertudung sayangku...kita memegang islam sebagai panji hidup kita, dan ingatkan aku kalau aku lupa..tak mengapa. aku tidak marah apatah lagi mahu melenting, aku hanya malu..dan terharu punya sahabat yang sangat sayangkan aku..tak mahu aku dimurkaNya dan inginkan aku ke syurgaNya, jazakallah khairan kasiron ya sahabati! '

aku punya pinta Tuhan..
hidayahMu kerlipan cinta-cinta kami..
kami damba hidayahMu..
kami masih menghitung diri..
kesiangan yang panjang untuk diisi cahaya hidayahMu..
agar hati kami sentiasa ingat padaMu
dimana pun kami berada..
berilah kami itu Tuhan..

PadaMu kekasih hati yang tiada tolok bandingnya..
satukanlah hati kami bersama rahmatMu..
kami kembara mencari bahagia abadi..
bersama Mu
agar akhirnya..kami berjumpa dibawah naugan kasihMu kelak.

salam ukhwah fillah..  



No comments:

Post a Comment