Sunday, 6 November 2011

hanya insan biasa



Telah ku tenung diri,
sudah berkali-kali
tetap tak puas lagi
belum pula kutemui
semuanya sekali
kesempurnaan diri
hati yang terusik mengingati diri
manusia itu tak pernah sempurna meskipun mencuba setiap hari
ku terokai pula kekurangan dalam diri
agar kekurangan ini
dapat memotivasikan diri
membina akhlak dan iman untuk bersemi
dalam nurani
untuk terus mencintai Illahi..

ku ingin memanah sebuah kejayaan
untuk sebuah senyuman
menguntum penuh keikhlasan
mengharapkan keredhaan dan keberkatan
dalam kehidupan
yang dipenuh kerahmatan
buat hamba yang menagih sebuah naungan
naungan nur dari Illahi yang indah nian
membawa bersama qalbu mengharapkan syurga impian..

No comments:

Post a Comment