Sunday, 27 November 2011

Teguran berguna

Assalamu'alaikum.. ^_^

ya, memang susah bila kita nak tegur kesalahan kawan baik sendiri. anda pernah mengalaminya?  saya pun pernah, tapi saya lalui dengan mudah. Syukur, kawan-kawan saya semuanya dengar kata , baguslah korang! sayang seribu kali sayang :D

ada member-ku di FB ni dia bengang sebab, mutakhir ini kebanyakan orang kena virus gambar tak senonoh tu. tak ketinggalan, saya pun kena jugak ,terkejut beruk den. =.=  bukan nak cerita pasal virus tu , nak cerita status dia. lebih kurang macam ni lah ;
gambar tak senonoh tu bertebaran di wall korang, kesah pulak korang. bila upload gambar tak menutup aurat , ada kesah auratmu? 
tersentap tak? pedas tu. itu teguran untuk semua warga facebook dia lahh kan. nak tak nak kena terima..tapi ada yang membutakan mata. bukan pasal aurat je. ada seorang member-ku ni jugak, dia pendakwah muda lah kiranya. selalu ingatkan pasal solat, aurat,akhlak dan memacamlah. yang saya suka ayat dia selamber brutal deh. sesuai dengan jiwa-jiwa remaja seperti aku.  

Dalam drama-drama melayu, dalam cerita kesedaran contohnya lah.. bila ada orang bagi nasihat ke apa. mesti ada dialog ni ' Kau ingat, Kau baik sangat ke?' takpun 'dahlah buat bising..nak bersyarah pulak'. Realitinya pun ada juga.. setiap manusia tu tak baik dan takdelah jahat mana.. kita manusia biasa , ada juga tersasar dan tak bermakna tak tahu langsung tentang agama. bila ada wanita seksi bagi teguran ke nasihat..jangan perlekehkan. Kalau ada yang betul, terima dengan hati terbuka..kita dengar nasihatnya, bukan lihat pada siapa yang memberi nasihat. tak kan nak tunggu pak imam, tok bilal datang..bagi nasihat baru nak dengar, tak kan nak tunggu orang yang sempurna segalanya, baru kita nak dengar ceramah darinya.

Saya pun sedang belajar menerima teguran, adakalanya teguran tu terpalit luka sikit.. takpelah kan untuk kebaikan juga. mula-mula rasa marah..bila hati sejuk kembali, kita akan kata 'betul jugak tu'. so..nasihat tu semuanya untuk jadikan kita menjadi insan yang lebih baik. KITA PERLUKAN TEGURAN supaya kita tak mengulangi kesilapan lampau..

adios!

No comments:

Post a Comment