Sunday, 27 November 2011

Tiada yang milik kita

Hakikat diri ini suka mentafsir.. seronok bila mentafsir sesuatu,boleh juga dijadikan bicara muhasabah bersama akal dan hati, bergerak seiringan pasti ada kesedaran yang tersembunyi disebalik tafsiran yang tetiba muncul, macam semalam.

Semalam lepas isyak, ada cerita tanah kubur. dari situ, pengarah dia ingin menyampaikan bahawa mati itu pasti.
tiada yang kekal didunia, bila nyawa tiada pada jasad..segalanya kita tinggalkan di atas dunia ni.sedikit sebanyak memberi kesedaran juga. *baguslah ada cerita kesedaran cenggini.

Semalam pun emosi ni tak stabil lah sesangat, sebab ada sesuatu yang mengangu fikiran. rasa nak meraung ,adeh, nanti orang kata tade iman pulok. so..hanya pendam dan diam. rasa tak kuat ,tak terdaya. Dalam hati mohon Allah beri kekuatan. takmau mood cam ni.. Allah tu Maha Pengasih..sangat! terharu dengan kebaikan Allah..sentiasa saje memberi,sentiasa pula mendengar doa kita. walaupun dalam hati.. :')

lepas je happy balik, termenung sebentar.

Segala yang kita semua miliki sekarang tak akan kekal, sekejap kita kuat sekejap tidak. sekejap jadi penyabar sekejap tidak. Sumber kekuatan itu, Allah pinjamkan..kemudian bila-bila Dia ambil balik.. bukan kekuatan je , EVERYTHING lah. tiada yang kekal ,tiada yang menjadi milik kita..sampai bila. yang kekal hingga ke mati ialah amal kebaikan kita, doa anak yang soleh..

wallahu'alam :)

No comments:

Post a Comment