Saturday, 26 November 2011

tidak mudah

Tidak Mudah Untuk Berlaku Adil,
                           Pasti Ada Yang Terguris,
Oleh itu...
                              Jagalah Hati..
Jagalah Iman..

BE A POSITIVE THINKING.

kadang-kadang mudah kita kata pada seseorang 'KAU NI TAK ADIL!' dek rasa tak puas hati, hati memberontak, rasa marah yang membuak-buak. syaitan pula datang mencucuk jarumnya sana-sini. kenapa ini terjadi? bila dah sakit hati..penyakit hati mula tumbuh menjalar dalam hati, oleh itu..Islam menganjurkan husnuzon..bersangka baik, fikirkan yang positive dan bukan yang negative. mudah sekali melihat orang lain tidak adil. sebelum melihat orang lain, tundingkan jari 'KAU TIDAK ADIL' tu pada diri kita sendiri, yakni. muhasabah diri. 'ADILKAH AKU?' 'KALAU AKU ADIL, PADA SIAPA?'

Kita rasa orang di sekeliling tidak adil.. berat sebelah,pilih kasih. dan sama waktu dengannya. kembali lah pada diri kita, kita ini tak sempurna..tak bermakna kita ni hebat untuk memuaskan hati semua orang. jadi haruslah memahami seseorang itu. andai kata, seseorang itu sengaja bersikap tidak adil..makanya, berserahlah padaNya tapi kita pula bagaimana? adil ke kita dengan orang di sekeliling kita? memang payah nak memuaskan hati seseorang itu. PAYAH okay. Rasulullah sendiri pun tidak mampu memuaskan hati isteri-isteri baginda walaupun sedayanya untuk berlaku adil..

cukuplah melihat keadilan kita pada Allah.. masa kita dengan Allah, berdating,berfacebook..sanggup berjam lamanya ( aku lah tu).. tapi nak berdoa berat sungguh nak angkat tangan, nak sujud padaNya alahai liat benar.. adilkah tu? semua itu teguran dari Dia, mahu menyedarkan kita yang penuh kelalaian ini.. semuanya harus berbalik pada diri kita, dan teruskan muhasabah. insyaAllah, dengan pentunjukNya..terjawap persoalan kita.


wallahu'alam/

No comments:

Post a Comment