Wednesday, 28 December 2011

Bila sudah kecewa

Bila sudah kecewa dengan cinta
menyalahkan diri mahupun dia tak tentu hala..
hati sakit merana
padahal sudah dinyata..
jangan terlalu berharap dengan cinta manusia..
takdir Allah tu satu rahsia..

Bila sudah kecewa dengan manusia,
rasa nak bomohkan saje..
hasad dengki bersarang dalam jiwa..
rosak akidah dan agama..
sedangkan pnawar hati sudah tersedia..
ingat Allah sentiasa..
mengadu segala duka dengan Dia..
terima ini sebagai ibarah untuk diri kita..

Bila sudah kecewa dengan dunia,
rasa nak mati je..
JANGAN! itu semua bisikan syaitan semata-mata..
jangan tergoda..
kukuhkan iman di dada..
mengucap syahadah jangan pula leka..
belajar untuk redho..

dan ketahuilahh.. dunia ini palsu semuanya.
namun kehidupan di dunia harus diteruskan juga..
walau kecewa macam mana pun.. Allah tetap ada.
cinta Allah kekal selamanya..rasailah..
tak kan pernah berdusta. dan tidak!
Allah baik dengan kita.. dekatkan diri dengan dia..
aku pesan untuk diri aku juga..
semoga terubat kekecewaan kita pada cinta manusia, manusia dan dunia ini..
insyaAllah...

No comments:

Post a Comment