Monday, 2 January 2012

Dia Kekasih Allah

Selalu Diam
berbicara seperlunya,
bicara fasih, ringkas dan padat,
hatinya selalu sedih,
berfikir terus menerus...
menghargai nikmat sekecil apapun..tanpa pernah mencaci.
tak pernah mencela makanan..bila suka makan..tak suka ditinggalkan.

Tidak pernah marah menyangkut urusan dunia..marah atau mengekang marah kerana nafsu
bila marah beliau memalingkan muka... bila senang beliau memejamkan mata.
Tak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan..bahkan beliau memaafkan dan melapangkan dada.
Tangan beliau tak pernah memukul selain dalam jihad di jalan Allah..
Di saat duduk mahupun berdiri..beliau sentiasa zikir..

Raut wajahnya selalu cerah...perangainya dapat ditiru dengan mudah.
lemah lembut dan ramah..
tak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala...

Bicaranya memukau sesiapa yang mendengarnya,
seolah ada burung yang melintas di kepala mereka..
bagi yang sering bergaul dan mengenali beliau.. ia akan mencintainya tanpa batas..
memberi tempat duduk kepada orang yang mahu duduk dan tidak menganggap ada yang lebih mulia antara mereka..

#bersambung..

No comments:

Post a Comment