Sunday, 1 January 2012

new year - two thousand twelve






ni label dari cerita 2012, kecut perut suspenss tgok cerita ni. 

2011 berlalu pantas sekali, terlalu banyak memori yang didownload. 2012 is countdown. entah kenapa saya rasa ni tahun ni tahun terakhir.. perasaan ini pernah saya kongsikan bersama teman-teman di baituz zahra. bukan kerana pengaruh cerita 2012 tapi kerana ramalan dari para ulama' tentang tahun ni, mungkin hadis tentang pertengahan bulan ramadhan, akan ada teriakan dari langit. mereke menafsir tahun ni. tapi hadis tu dhaif. apa-apa pun kiamat tu rahsia Allah.. bencana itu dari Allah, ada hikmahnya.

sempena tahun baru ni, dataran merdeka sure sesak. dengan konsert ambangnya.. saya pernah join ekspedisi dakwah dengan persatuan nisa' kuala lumpur dan pemuda islam. Allah..rindu masa tu. apa yang kami semua buat kat situ? pada pandangan saya kat situ, remaja melayu islam bersepah disitu.. pelajar sekolah. dengan pasangan masing-masing. masa kami buat penerangan pada mereka.. mereka dahulu yang memberi salam.. saya hanya tersenyum jerk tgok depaaa. kak hani damping seorang remaja perempuan disitu.. dia kelihatan gugup ketika melihat kami. 

lepas seorang-seorang kami dampingi.. berikan nasihat. yang lain berserah kepada Allah..

bukan kumpulan nisa' je, persatuan gamis pun turut serta.. kami nampak janggal pada pandangan masyarakat,dengan pakaian kami. pesatuan gamis lagilah, kami hanya bertudung labuh, dengan t-shirt labuh dan seluar..mereka tetap dengan pakaian kebiasaan mereka..yang perempuan dengan jubahnya. mereka diletakkan di kelompok penonton konsert ambang. mereka berdiri di situ cekal benar.  yang lelaki berkopiah..merata menyebarkan risalah. bulu roma menegak taktala kami takbir berama-ramai.
'Allahu akhabar!'

ketika bersama mereka, terdetik.. 'aku ni banyak dosa, tapi Allah memilih aku sertai mereka'..

ekspedisi dakwah tahun lalu.. dapat saya tafsirkan, tahun baru perlu mengajak diri jauh dari tempat begitu. tahun baru bukan malam untuk bermaharajalela dengan maksiat.. duduk rumah, bersama family..masak ke, gosok baju sekolah keee... ngaji ke. solat hajat je. kan baguihh lagu tuwww.

okay, tu je. nak share pengalaman sambut tahun baru di bandaraya kuala lumpur last year, tahun ni tak berkesempatan. insyaAllah.. tahun akan datang. semogaaa! amin.. ya Allah.

ya Allah,
kukuhkanlah iman kami..
kuatkanlah akidah kami,
bangkitkan semangat persaudaraan kami..
agar kami bangkit dihadapanMu nanti..
dapat kami naungi kasihMu..

amin ya rabb..


No comments:

Post a Comment