Saturday, 10 March 2012

Conclusion


Assalammua'alaikum and very goodnight for those yang masih meluaskan mata bersiar-siar di dunia maya ini.
yeah, hi school holiday! nice to meet you again , thanks for coming . you're veriveri welcome :)

Alhamdulillah wa syukrillah.. syukur pada Dia yang mengurniakan nikmat dan menurukan rahmat saban waktu dan usia yang ada ini.. selawat dan salam buat kekasih Allah.. Muhammad Bin Abdullah, purnama yang nian indah buat kita, umatnya dan para sahabat Rasulullah yang dikasihi sepanjang zaman.

exam sudah tamat, namun aku masih tertinggal  paper yang penting sebab kesihatan yang tak mengizinkan. hari ini ada larian tasik, aku tak pergi jugak. apa-apapun tahniah ZUHAL, even aku tak lari kalian tetap Juara tanpa aku. *macam aku orang penting sangat* .

kesimpulan : 
'we're back to form two?'  
salah faham ni mungkin timbul akibat terbawa-bawa oleh perasaan atau memang wujud konflik di situ.?
aku memang tak suka bila ada timbul rasa pinggir meminggir antara kawan-kawan..itupun buat aku tak selesa dalam silaturahim. mungkin ini sementara tapi kalau tak diselesaikan. lain pula jadinya. macam kes berat je kan? memang. kita kan bersaudara, persahabatan kita memang tak sehebat Khalifah Abu Bakar As-siddiq mahupun Umar dan Uthman atau Ali dengan Rasulullah.. tapi kita boleh usaha untuk penuhi silaturahim tu dengan akhlak yang baik. kita hanya insan yang selalu je buat kesilapan.. kesilapan itu boleh dibaiki bila ada sifat toleransi..sifat untuk menerima teguran..sifat untuk memaafkan..walaupun sorry is not everything.

Hidup, kena berani berhadapan dengan kenyataan. Tahu, kadangkala kenyataan itu menyakitkan. Tetapi dah tiada pilihan. Terima je
-HAMI ASRAFF-

Kita pun dah belajar konsep Habluminallah..Habluminannas. Baik hubungan dengan Allah, Baik hubungan kita dengan insan lain. Aku seru diri aku yang lemah ni juga ,bila kita ada masalah dengan manusia.. check solat kita dengan Allah macam mana? thats de point. kita selalu diingatkan supaya muhasabah diri. kan kan?

Memang aku banyak berdiam bila ada masalah macam ni, sebab bila aku buka mulut mesti ada yang terasa hati. so, 'kalian' teman yang aku kenali yang singgah ke sini.. aku tak kuat sendiri untuk perbaiki. tolongnya? 
sudah menjadi adat dalam berkawan , pasti ada perselisihan tapi jangan sampai wujud permusuhan, ya??
Jadi pemaaf tak rugi dan minta maaf pun tak rugi. sama-sama dapat manfaatnya kelak :)

conclusion :kita nak kawan yang sempurna tapi kita lupa kawan tu hanya manusia, manusia itu tak sempurna.


No comments:

Post a Comment