Sunday, 22 April 2012

Tekanan, terima dengan hati terbuka

Apa jua tekanan yang diberi,
perlian yang menyakitkan hati..
Namun, keberkatan ilmu itu yang aku cari.
walaupun, sifat malu aku membuak tinggi..
tujuan aku kesitu untuk lebih mengerti..
kelemahan harus diperbaiki.
Suara kecil dari hati 'Bodohkah aku ini?'


Barangkali..disebabkan usaha yang sangat minimum sekali,
kelembapan aku menyinar hari ini..
salah aku,
Doa tidak aku sertai..
menyesal dihati sampai ke saat ini.

Melangkah pulang dengan harapan yang dicita,
menyusun langkah dengan senyuman suram..
kecil hati masih terkesan..
'Maafnya farhana kalau ada terkecil hati' ' Takde lah cikgu'
Biarlah aku rasa sendiri...

Aku mendongak ke awan,
haih... harapan aku setinggi duduknya awan itu.
apakah aku mampu mencapai?
Allah.. engkau sentiasa wujud dalam suram ku.
Aku mahu kejayaan, bagaikan soalan yang mahu kan g(x)..
yang diberi gf(x). lalu F itu ibarat sifat negatif yang PATUT aku singkirkan dalam diri untuk aku memiliki g(x).

Semua yang aku pelajari ibarat kehidupan yang harus diaplikasikan dengannya.


#Tekanan? harus kita pelajari darinya..untuk mendidik hati menerima beban emosi yang sukar untuk dikawal. mendidik diri untuk sabar dan teliti dengan masalah yang dihadapi agar tekanan dapat dikurangkan sikit demi sedikit. senyumlah walaupun tertekan..okay?

No comments:

Post a Comment