Thursday, 3 May 2012

Bookfair again



Bookfair ; 2/5/2012

Dengan keizinan yang diberi lepas puas membodek, kaki laju melangkah ke LRT bandar tun razak. menanti dua orang teman yang membuatkan peluh aku meleleh.. kiki. 'JOM CEPAT!' cepat ke mana.? bookfair sayang. :)

Dengan terik matahari bagai menjilat kulit di pipi, Hall pwtc menurunkan suhu badan ini, peluh-peluh disejat dengan penuh kenikmatan.. dingin tahu. Berbondong-bondong lautan manusia disini.
Aku terapung dalam lautan buku, tak sabar nak meneroka semuanya.. namun tak apakan daya, tangan tak sampai. #eh?

PTS, TELAGA BIRU, INTEAM ... DAN banyak lagi booth yang aku kunjungi. fatimah syarha yang aku cari-cari. lagi sekali..ribuan manusia mengerumuni booth galeri ilmu di dewan tuh hussein onn.. sesak teramat!  makin berpinau tengok buku-buku kat pwtc ni.

Turun ke tingkat bawah, jalan-jalan meninjau apa lagi yang ada. telaga biru ramai orang! sempat beli solusi :)
sempat lagi jumpa penulis novel cinta multazam, PERAMAH kot.  dapat jugak aku korek ending cerita cinta multazam ni.

Langit semakin gelap, barangkali rahmat Allah bakal bertaburan di atas muka bumi ini.
tanpa melengahkan masa, perut sudah berkeroncong.. chicken hut lama sudah menanti kami.
biasalah, kalau ada perta buku, kedai makan penuh, nasib lah ada student sekolah mana cepat-cepat bangun bagi kami duduk pula.

Perut kenyang, pergi menunaikan fardu. PENUH, sesak dan padat siap ada polis jaga. komen dari aku pengguna surau di Mall .

' Mall buat besar-besar , surau kechik bukan main'

tetiba ada pulak pemuda kata ; 'tengok, kat padang pasir pun boleh solat'

igin aku tegaskan disini, bukan bermaksud aku takmau solat di surau tu, aku solat saje. tapi dalam keadaan yang tak selesa. tak selesa sebab... adalah sebab-sebabnya.

okay-okay,
should stop typing..times up!
see you soon.

# Cerdik pandai dalam ilmu dunia tapi ilmu agama tiada apa, apa gunanya? renung-renung .____. (:-)



Assalammualaikum ^^