Thursday, 26 July 2012

Salam Ramadhan




Aku bukan insan mulia,
aku insan yang hina pada dasarnya,
banyak khilaf aku dimuka bumi Tuhan ini.
Sehina diri ini aku terus mencari kebaikan demi kebaikan untuk diri ini.
Dalam memperbaiki diri kepada satu jalan kebenaran,
"susah, penatnya! , tak berdaya aku"
langkah ini, cuba aku kuatkan walaupun kadang kala rapuh , 
aku tekad untuk terus melangkah.
Mohon maghfirah setiap khilaf yang lalu.
Teruskan Perjuangan.

Ramadhan ini, 
ingin sekali membahagikan masa seperti Imam syafi'e,
1/3 untuk ilmu, 1/3 ibadah.
aku boleh kalau mahu, namun manusia ini banyak alasan.
Nafsu nafsi membelenggu diri, sedih sekali.
Setiap apa yang aku lakukan untuk menewaskan nafsu nafsi,
 satu kepuasan dalam diri. 
itulah kekuatan di bulan Ramadhan ini yang Allah beri.
Cuba lah untuk bersungguh-sungguh memperoleh segalanya dibulan ramadhan ini.
*shoot myself first then i shoot you you and you*

Salam ramadhan dari Farhana Abdul Aziz,
selamat menjalankan ibadah puasa dengan kesungguhan,
semoga kita semua dapat bertemu dengan Malam yang Allah janjikan kepada kita,
InsyaAllah.

*chowww. Assalammualaikum ;)

No comments:

Post a Comment