Saturday, 18 August 2012

Note for the last Ramadhan

Assalammualaikum,

Ramadhan : i'll leave soon.
Ummah : no!

Ramadhan, kedatanganmu dinanti. Pemergian mu terkesan dihati kerana belum tentu tahun hadapan kita bertemu lagi. Orang-orang beriman menangisi pemergianmu, kesedihan dirasai kerana tidak menggunakan engkau sepenuhnya untuk mencari ganjaran dan redha Illahi. Pada dirimu, aku peroleh kekuatan wahai ramadhan. aku kuat menahan nafsu kerana matlamat yang satu. Seluruh umat diseluruh dunia berlumba-lumba membuat kebajikan siang dan malam hanya untuk Tuhan yang satu. Pada dirimu juga ramadhan, Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup semua pintu neraka. Seribu rahmat melimpah di bumi sepanjang keberadaanmu di sisi kami.  Pada dirimu juga, keberkatan meliputi seluruh langit dan bumi. Pada dirimu, dapat kami lihat cinta Allah pada hamba-hambaNya. Pada malam-malam hari, umat manusia bangun bertahajjud, megorbankan waktu tidur. Melalui engkau,  Allah mengajar kami untuk mendidik jiwa. di bulan ramadhan. Allah memberi peluang yang luas untuk kami menjernihkan hati , agar selepas pemergian engkau.. rohani dan iman kami kuat ketika bertemu dengan syawal nanti.


Semoga Ramadhan akan datang lagi kepada kita pada tahun hadapan,
semoga kita semua dipanjang umur agar dapat menikmati kekhusyukkan dan kenikmatan di bulan Ramadhan.
Semoga amalan kita di bulan ramadhan dapat kita istiqomahkan di bulan-bulan lain, amiin amiin ;)

we'll miss you, we love you ;')

#Illa lilqo' ramadhan, semoga amal kebajikan aku diterima Illahi sepanjang persinggahan mu pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment