Wednesday, 14 November 2012

#TeamHijrah

Hijrah macam senang ,hakikatnya sukar tapi manis buat pejuang kebaikan yang sentiasa mahukan kebaikan untuk mendapat reda di atas muka bumi ini.

Hijrah bukan mudah terluah dengan kata-kata, ia dibuktikan dengan hati.
Hijrah bukan kerana mahu dipuji, namun cenderung hati untuk menuju yang hakiki.

Hijrah kepada mereka yang rela berhadapan dengan perubahan,
bakal menjadi bualan, kritikan bahkan pujian..
Pujian merupakan dugaan..
Ambilnya sebagai motivasi bukan membangga hidung tinggi.

Hijrah kerana sudah jemu dengan leka dunia,
Hijrah kerana hati kosong merana,
Hijrah kerana Allah seru jiwa.

Langkah pertama penghijrahan Rasulullah kerana wahyu Illahi,
manusia berhijrah juga kerana Allah yang kasi. serta usaha yang Allah telah berkati.





taken at Tikl


#Hijrah(changes) is not about others, you're the star of the show. Dare to be a different.

FootNote :
Jgn kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga sepertimu, masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan..
Langkahku masih rapuh perlukan panduan,perlukan bantuan, perlukan kekuatan !

Allahuma soli'ala muhammad :)