Sunday, 16 December 2012

Aku juga manusia


Can you just treat me like a normal human being?

Aku hidup bukan untuk sangkaan orang lain. Bukankah manusia itu hidup kerana Penciptanya?
Aku juga manusia biasa, bahkan aku juga mungkin lebih berdosa. Nampak saje aku begini, tetapi akulah yang manusia yang tak tabah kalau Allah yang tak pinjamkan aku  sifat tu. Nampak je aku begini, tetapi akulah manusia yang sering lupa untuk bersyukur. Nampak je aku begini, tetapi akulah hamba yang sangat alpa.Nampak je aku begini, tetapi akulah insan yang suka bercakap tentang rasa.

Tidak bolehkah terus tegur khilaf diri ini andai kau asyik memerhati? Diri ini menanti teguran bukan hentaman,bukan dengan perlian. Aku juga manusia, punya hati dan perasaan macam hamba-hamba yang lain. aku bukan insan luar biasa.

Footnote : If you're do mistakes, you're so imperfectly perfect. Just need one step to the brighten way, you're be closer to Him.