Monday, 24 December 2012

Lihat-lihat

Dia bercerita halal dan haram tapi tak tutup aurat.

- Ssetengah individu berkata, dosa dia tak tutup aurat 'je' tapi amalan yang lain diterima. Ada pula yang kata, kalau tunggu semua orang perfect, tiadalah orang yang sebarkan tentang agama. tapi bagaimana pula dia mahu menegakkan Islam sedangkan dia tak menyeru dirinya untuk patuh perintah Allah dalam menutup aurat?
"Itu urusan dia dengan Allah"
 Semoga dia cepat-cepat tutup aurat. Moga Allah redha. It's the main.

Pergh, hebat kau mahu meng-judge orang.
Aku cuma terfikir saje.
Aku bukan baik mana.
Tapi apabila aku terdengar daripada kata-kata mereka..

" aku tahu halal dan haram"

 Terang-terang dia tak menutup aurat.
Terang-terangan pegang tangan dengan yang bukan mahram.
dan sebagainya-lah

Bahkan yang bertudung juga begitu. Habis rosak susu sebelanga disebabkan mereka ini.

Aku bertudung khemah juga banyak, terlalu banyak khilafnya.
Akhlak aku juga masih  tak tersusun. Bertatih mungkin.
Iman aku juga tidak tahu sudah paras mana.
Itu aku.

Terlalu banyak nak cerita pasal halal dan haram, ramai juga benda yang basic perlu tahu, ramai yang tahu.
Terpulang pada diri. Tepuk dada tanya iman.

Adakah aku tergolong dalam mereka yang suka mengkritik orang?
Biarlah apa orang mahu kata.
Aku cuma terfikir sejenak.
Memahami apa yang aku lihat.
Banyak yang aku lihat.
Bagaimana? kenapa? dan sebagainya.

Aku masih belum habis fikir.
Belum habis lihat diri.
Belum habis berleter pada diri,
Belum tamat berdiskusi dengan hati,
Belum siap repair iman.

Dengan sopan mengheret diri kembali ke alam realiti.
Assalammualaikum jiwa.

Footnote: Aku tak puas berleter di twitter, nanti orang kata aku syok sendiri. Lebih suka syok sendiri di sini. Manusia banyak ragam, aku baru makan garam. ha? kbai.