Tuesday, 25 December 2012

Penghujung Disember

Banyak berlaku sepanjang tahun akhir persekolahan,
banyak sudah aku pelajari dalam perjalanan ini,
pelbagai keletah mewarnai hari-hari indah aku,
dari awal tahun azam berkobar-kobar,
anjakan paradigma bersama teman sentiasa ada halangan,
berkata pada diri, ini semua bukankah penyeri?
Dugaan itu lebih meriah lebih baik, barulah kita rasa manisnya hidup.
Sering kata aku tidak kuat, tapi kini..
semuanya sudah berlalu,
BAIKNYA ALLAH!

Saat kau kata lemah, sebenarnya sudah Allah kurnia kekuatan dalam dada.
Cuma lemah meneroka.

Tiada lagi zaman persekolahan,
bangun pagi dengan mata tak mampu kubuka,
melaksanakan subuh, semoga hari lebih sempurna.
Menapak ke sekolah saat langit masih redup kegelapan,
kelihatan makcik-makcik gagah pulang dari surau terdekat,
meski sudah tua, rumah Allah dijejaki mereka.
Aku muda, sekolah destinasi setiap pagi.

Menapak menaik tangga, rungutan tak pernah habis.
Tingkat 4, sungguh tinggi!
"kenapa tiada eskelator?!" bentak hati.

5 sains tulen. *bukan budak genius pun aku ni*
Meja di hadapan, kedudukan 3 dari pintu itulah mejaku!
Berjiran dengan rahmad syukri aku dan mizan.
Begitulah seterusnya aku bersama rakan-rakan yang lain.

Kini berakhir,
SPM tamat. tiada kegelisahan. hoyea.
Menunggu keputusan, sangat memuncak debaran!
semoga yang terbaik ALLAH beri.

Kini sudah penghujung Disember 2012,
2013 akan menjelma,
umur makin bertambah,
semoga taqwa dan iman juga!

Jangan pernah jemu dalam hidup ini,
meskipun hamparan berdebu,
hembuslah dengan angin tabah bersama siraman sabar.

Footnote : aku merindui celoteh girang kawan-kawan, merepak bersama, dimarahi bersama, menangis bersama, terluka bersama, sedar bersama, bangkit bersama, saling meguatkan bersama. five science stream may Allah bless!