Wednesday, 5 December 2012

Perjalanan kita masih jauh.




Kaki kita terus menapak laju,
tanpa kita sedar terlalu banyak kisah yang kita lalui.
Rasa perih kini pergi,
lega dihati silih berganti.

Kisah Rasulullah,
sahabat setia Abu bakar
Panglima hebat Umar,
Kelembutan jiwa Uthman,
kekuatan Ali
merentas zaman.

Perjalanan mereka bagai tiada hujung,
amanah Allah mereka junjung,
satu persatu lembah dugaan mereka tempuh,
banyak perih dan perjuangan yang dak ditanggung.

Mereka tak merungut,
apatah lagi kita.. kenapa perlu mengaduh?
Lembah yang kita lalui tak sama,
Ambil lah ibrah daripada kisah mereka yang mulia.

Sekali jatuh bukanlah beerti anda tidak boleh bangkit semula, jadikan kejaatuhan tersebut sebagai sebab untuk anda bangkit dan terus maju.
{ santapan minda }

Jangan berhenti, teruskan berjalan teruskan perjuangan.
Kita masih muda, perjalanan kita masih jauh.
Banyak liku yang belum kita tempuh
Banyak lagi dugaan yang belum kita rasai
Mari kita renung ayat ini..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"

{Al-Ankabut- ayat 2 & 3}


Apakah layak kita untuk berhenti di sini?
Belum.
Sekali lagi,
Perjalanan kita masih jauh.




"It's His plan for you , I and them"

Allah jua yang mengaturkan kembara kita di dunia ini.
Bukankah kita ini pengembara yang sedang bermusafir?