Tuesday, 11 December 2012

Pesanan kecil

Assalammualaikum wahai pembaca budiman.

Semoga hati kalian masih sihat dan mampu bertakhta.

Ada seorang sahabat megadukan ceritera hatinya, antaranya..dia merasakan ada manusia yang membenci dirinya. Dia rasa tidak tenteram dengan ancaman itu. maaf, aku sudah lama tahu tentang itu. Aku juga pernah diancam rasa yang sedemikian. Apabila rasa macam tu, rasa tak seronok. Apatah lagi insan yang membenci kita tu kawan kita walaupun tak rapat.  Sedih kan? kawan pula tu. maybe sebab kekurangan dirinya yang manusia kecam tanpa melihat kebaikannya terlebih dahulu.


Jika seseorang itu hanya ada satu kebaikan, sebutlah kebaikan dia yang satu itu.




Aku sampaikan beberapa pesanan kecil buat teman ini,

Apalah sangat dengan kebencian manusia kerana masih lagi yang sudi menjadi temanmu. Allah hadirkan mereka untuk membencimu agar engkau belajar untuk lebih menyanyangi insan lain bukan membenci. Mungkin, penduduk langit sentiasa mendoakan engkau, bukankah itu tandanya sayang penduduk langit terhadap engkau? Hadirnya mereka ,bukankah tanda sayangnya Allah terhadap kau?

Belajarlah menjadi sepohon pokok, walaupun sering dilemparkan batu. Pohon itu tetap menggugurkan buah yang ranum. Ya, benar. Kesabaran kita barangkali tergugat dengan insan yang prihatin sebegini sebab itu kita perlu siapkan dengan taqwa. Mohon kekuatan kepada Allah, jangan pernah berputus asa untuk berdoa.

Kelembutan tidak akan pernah kalah dengan kekerasan.

Tak mengapa dibenci, tak mengapa dicaci. Rasulullah dulu pun begitu, bahkan lebih teruk. Tapi Rasulullah tetap buat baik dengan mereka :') Rasulullah qudwah hasanah kita, berusahalah wahai diri untuk mencontohi akhlak baginda. Walaupun hanya 1, istiqamahkan akhlak itu.

Pesanan ku tak lupa buat dia :

Kita kena layan manusia tu sama rata, jangan beza-bezakan mereka walaupun banyak keburukan yang dia lakukan. Allah tak pernah bezakan kita, kerana kita hamba. semua sama.. Aku juga tak mahu dilabel tidak adil. aku juga berusaha untuk melayan sahabat-sahabat sama rata.. aku masih berusaha dan perbaiki.


Cukuplah 2 pesanan untuk diri ini juga. Moga Allah redha.