Friday, 11 January 2013

Allah suruh..

"Andai Tuhan menghukum hamba-Nya,
pasti tiada lagi yang hidup melata dimuka bumi sekarang akibat segala dosa-dosa"


Allah suruh kita solat,
solat pada awal waktu,
belajar khusyuk dalam solat,
InsyaAllah Allah tolong.
Tapi,
masih yang tak mahu solat,
bagaimana mahu berjaya dunia akhirat?
"Surah Al-mukminun."

Allah suruh kita suruh doa,
akan dimakbulkan doa hamba-Nya.
apabila kita berdoa,
Allah sangat dekat dan mendengar doa kita.
Tapi,
masih yang sombong untuk berdoa,
macam mana nak kasih Allah kalau begitu?

Allah suruh kita tutup aurat,
tak kira lelaki dan perempuan,
barulah maruah terjaga,
baru dapat jaga mata,
baru dapat kengkang nafsu,
tapi,
masih yang tak mahu,
mahu fashion katanya.
Tolak  hukum Allah semata-mata nak berfashion?
Istighfar lah.

Allah suruh kita buat baik dengan orang tua,
berbakti dan taat pada mereka,
selagi tidak bercanggah dengan syariat,
Tapi
masih yang ingkar,
sanggup buang ibubapa,
demi kesenangan sendiri,
leceh katanya jaga orang tua.
Lupa mungkin,
anak-anak berjaya kerana doa ibubapa,
tanpa mereka,
anak-anak merempat agaknya.
*love umi ayah!*

Allah suruh itu dan ini bukan sia-sia,
memang tugas kita,
kita dijadikan untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Jadikanlah perkara yang sikit itu dilakukan kerana-Nya,
berterusan walaupun sikit, Allah suka.
insyaAllah itu juga ibadah, lillah.
Allah hitung kebaikan kita di neraca-Nya nanti walaupun sebesar zahrah.
#Muhasabah

Footnote : Allah never ask us to be perfect, but Allah ask us to be better slave than yesterday.