Saturday, 5 January 2013

Berduri

Dia berkata-kata seperti gadis biasa tetapi kata-katanya tersusun dan berhikmah.
Dia berjalan seperti gadis biasa tetapi langkahnya untuk mencari redha-Nya
Dia bergaul seperti gadis biasa tetapi masih berada dilandasan syariat,
Dia tekun belajar seperti gadis biasa tetapi tekunnya lilahita'ala.
Dia bergembira seperti gadis biasa tetapi gembiranya berpada-pada.
Dia membeli belah seperti gadis biasa tetapi membeli mengikut kemampuannya.

Apabila diganggu dengan pesanan ringkas oleh ajnabi yang bukan urusan, dia hiraukannya.
Andai berterusan, dia membalas dengan kata-kata kebaikan.
Tidak mencaci dan berkata kasar.

Pergaulan dengan lelaki masih bersyariat,
berpada-pada dan atas gelaran teman.
menjauhi lagha, misi dipegang.

Pergaulan dengan perempuan dengan penuh kelembutan,
sentiasa memahami dan cuba memahami jiwa masing-masing,
menyokong saat jatuh dan bangun.

Pakaiannya tidak pula seperti gadis biasa,
Tudung labuh pilihannya,
baju longgar dan menutup aurat sepenuhnya style dia,
stoking menjadi pelindung kakinya,
itulah pakaian yang dicintai Allah,
mengikut syariat.

Biarlah nampak biasa, tetapi masih berduri.
Biarlah nampak biasa, tetapi masih bersyariat,
Biarlah nampak biasa, hakikatnya mampu luar biasa,
Biarlah nampak biasa, asalkan masih dalam reda-Nya.


Aku cuba.