Friday, 25 January 2013

Cuba satu malam


Merangkak,mengesot..
Biarpun apa jua caranya,
cuba mengheret diri terus memekarkan cinta Tuhan.

Kedinginan malam,
sujud mohon cinta,
dalam senandung hembusan angin,
itulah waktunya!

Pergilah memburu di malam hari,
laksanakan mujahadah,
terjagalah dari lena,
duduk munajat kepadaNya demi cinta!
Moga-moga jiwa mu kian mekar dengan kecintaan iman.

Yang ku rasa benar ini hanya sekali, mahu rasa lagi :")

Biarlah aku jatuh cinta pada Dia. Berkali-kali :’)


…dan hanya dengan cinta Illahi, membawa kita mengenal hakikat diri yang sebenar.

Footnote : Orang kata, tahajjud caranya. Sumber kecintaan, sumber kekuatan. Cuba satu malam.

Salam Jumaat , Allahumma soli'ala muhammad.

#ReminderToMySelfLah