Friday, 18 January 2013

Hari Jumaat


Assalammualaikum,

happy jummuah  mubarak ! terlalu cepat rasanya masa berlalu. akhir zaman, inilah dia. Mari banyakkan amal di hari jumaat ini dengan sunnah Rasulullah. Sedikit perkongsian sunnah yang boleh kita praktikkan untuk jumaat ini dan seterusnya, insyaAllah :)


One :
Bangun pagi jumaat, pergilah mandi. Bila mandi niat kerana Allah. Untuk membersihkan badan, dan taharah. Kebersihan itu kan separuh daripada iman. Iman bila hilang satu, hilang semuanya. Maka hal remeh jangan diremehkan, malah disegerakan. Hal ini di goreskan pada sabda nabi , Rasulullah bersabda  ;

“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Two :
Kadang-kadang  selalu dengar orang kata hari jumaat ni umpama hari raya , ya. Jumaat kan penghulu segalaaaa hari. Maka, disunatkan memakai wangian. eh, kalau hari-hari lain pakai minyak wangi tak dikira sunnah ke? taklah. Pakai minyak wangi memang sunnah, sebelum solat pun digalakkan pakai minyak wangi tetapi hari jumaat kita mahu raikan, maka pakailah wangi-wangian. Lepas tu kan nak solat subuh, wangi2lah.

Third :
Memotong kuku. Tengok kuku masing-masing! kena dibersihkan kalau ada hitam-hitam kuku tu. macam mana nak solat kalau kuku hitam2. NOTE! kebersihan separuh daripada imaannn.

Fourth :
Baca surah Kahfi pada malam jumaat dan hari jumaat. Lepas isyak, rajin-rajinlah baca kejap surah kahfi, baca beberapa muka surat dulu, kalau yang gigih tu boleh habiskan satu malam je. Esok tu, lepas subuh sambung baca bagi habis. Banyak kebaikan yang diriwayatkan daripada Rasulullah  tentang membaca surah Kahfi , antaranya
  • Siapa yang menghafal sepuluh ayat awal surah Kahfi, dijauhinya fitnah dajjal [ Riwayat muslim , abu daud dan Tarmizi]
  • Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." [ Hadis Riwayat Ahmad ]
  • "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat. [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
sumber : ILUVISLAM

Fifth ;
Banyakkan berdoa. Hari jumaat lepas asar hingga maghrib, itulah waktu mustajab untuk berdoa. Pulunlah doa waktu tu. Dan waktu antara 2 khutbah itu pun waktu mustajab untuk memanjatkan doa kepada Allah :)
Jangan sengket dan sombong untuk berdoa ye.

Sixth ;
Banyakkan selawat kepada Rasulullah. Kata rindu,cinta sama Muhammadku, maka banyakkan selawat. 
Allahumma soli'ala muhammad, Allahumma soli'ala muhammad , Allahumma soli'ala muhammad.

Seventh :
Buat kaum adam, segerakan langkahmu ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, jangan lambat-lambat!

Wallahu'alam. sedikit perkongsian untuk sunnah jumaat.
Mohon agar ummat ini setia untuk mengamalkan sunnah baginda Rasulullah.
InsyaAllah.