Wednesday, 23 January 2013

Jom Masuk U


Lihat caption sebelah kanan -----> bakal mahasiswi.

Minggu lepas gagah menapak ke BSN, beli nombor pin UPU. Balik dari sana, semangat mengisi. nah! hamek, 12 muka surat. Jenuh nak print, takpelah. eh, 12 ke? sekeping je. kat manual tu je tulis 12. k, #IniSemuPoyo. ha,tak pasal-pasal. Pusat printku di UTM. haha, ambil kesempatan. Blur-blur mengisi, siapa jadi mangsa aku masa tu? hafizah samat lah. Kesian dia, dah lah tengah kerja. Annoying pula aku masa tu. Semak manual permohonan, kat situ dia tunjuk lah apa yang kena isi, bla..bla..bla. Page pertama kena isi butir diri dan etc. Pastu, blur. Tak tahu nak pi mana lepas tu. Ohh, rupanya kena click simpan. Dari situlah mulalah pergisian borang sampai 12 pages tu. Bila sampai satu pages kena isi Kod sekolah, scroll sampai ke bawah ada sekolah cluster, mrsm , sbp, sma. Semua sekolah hebat-hebat. Tapi aku bangga je jadi budak sekolah biasa. Bagi aku, budak sekolah manapun sama je. kan? heh.

' M ' pelik.

Pages paling heksaited aku nak isi, pilihan-pilihan ke bidang yang nak dimohon. Ada 5 ke 6 pilihan, tapi pilihan 1, amek course farmasi. Kedua course sains hayat . Ketiga course law -.- itu backup. Kalau-kalau tak dapat 2 course yang berkaitan, aku reda dengan course law. Boleh jadi aisyah syakirah. eh? hehe. She's awesome k. Suka dia. Okay, lepas tu ada lagi beberapa pilihan. Amek asasi sains hayat, asasi farmasi , asasi undang-undang, diploma sains geomatik. Geomatik pun aku tak tahu menda. haha. asasi perubatan, diploma radiografi dan fisioterapi. Depa kata asasi kelayakkan tinggi, aku tawakal jelah. Nak capai target , maka asasi as the way. Tetiba ada side yang tulis "adakah anda menerima pilihan lain daripada yang di atas"  lebih kurang macam tu, hmm. Tanpa fikir 3 saat, teruskan click 'YA' sebab, kalau Allah tak bagi rezeki mana-mana pilihan aku pilih. dapat course lain pun jadi, daripada takda langsung. Mudah-mudahan Allah izinkan dan permudahkan :) Amin~

Masa nak click butang sah dan hantar, agak nerbess sikit. Dia punya tu 3 kali je, aku dah guna sekali, maka tinggal 2. kena guna sebaik mungkin! Masa minta sepupu printkan, tabur dia dengan soalan-soalan. Dia kata kalau tak dapat asasi, pergilah matrik. InsyaAllah dapat. Tapi aku dok risau, dorang kata borang matrik tu kena print, tapi aku lupa nak print. macam mana tu? hmm. Bila tanya sepupu, dia kata takpe. Tunggu surat tawaran jelah. Minta-minta dapat, amin ya Allah.

Terus bagitahu si ayah, amek yang dekat-dekat je, tapi tak tahu lah kan, tetiba dapat yang jauh. Satu -persatu U aku sebut. Tang unisza, aku cakap location dia jauh 'sikit'. Baru mohon unisza, belum dapat keputusan , namun sudah dapat perlian, dikatanya kenapa tak mohon ke tasik cina selatan -.- haaa. Umi watlek je nak lepas kan anak gadis dia yang sorang ni, sebab aku mana pernah merantau, berjauhan dengan keluarga. Yelah, aku bukan budak asrama. Tak pernah rasa dok asrama, dok jauh-jauh. Dah nak masuk U ,masa nilah nak merasa. tak gitu? Belum lagi mohon ke timur tengah, rasan encik aziz pengsan. *betulkan spec* macam dapat ,heh. Apatah lagi ke oversea,  berangan tak hengat. tapi mana tahu, rezeki? hehek.


Selitkan kejayaan ku wahai teman,
dalam doamu,
di dunia dan akhirat :')

sekian, wassalam.

Footnote : 25 & 26 UM ada buat karnival Jom masuk U dekat taman Universiti - sumber Tv3