Friday, 11 January 2013

Kata-kata semangat.


Taktala kita jatuh, tersembam ke bumi
Semangat terbang, lenyap dalam diri.
bertemankan air mata,
memeluk tubuh di birai,
meniti kalimah-Nya dibibir,
"aku masih ada Dia"

Petang yang suram, mencari kembali mana hilangnya semangat , sentiasa mahu mencari kebaikan dalam hari agar tidak berlalu dengan sia-sia walaupun sekecil zahrah.

"Ke mana ia pergi Tuhanku?"

Berhabis masa termenung, haish!
"Tuhan reda ke aku begini?"

Berlalunya magrib dan isyak. Wirid diteruskan, mencari kekuatan dalam solat.
"Kuatlah.Kuatlah.Kuatlah! kata mujahidah! harus kuat!

Pernah jatuh bangun buat kesekian kalinya, semangat sampai sekelip saja. Tapi kini terlalu lama, mungkin rasa yang dipendam tak lagi terluah. Sedihnyalah wahai jiwa.

"Tuhanmu tahu apa yang ada dalam jiwamu..."
(Allah tahu apa yang terlafaz. Allah tahu apa yang tersimpan. Allah tahu apa yang rahsia. Allah tahu apa yang terzahir _Mato )
kepada-Nya aku luahkan.

"Tears are the best language to communicate with Allah"



Kembali membaca surah harian sebelum ketiduran, dengan harapan Allah menguatkan jiwa pada esoknya.
Semoga lebih baik daripada hari ini, mahu jadi insan berguna!
Perlu berinovasi dalam mencipta hari agar hari ini  lebih bahagia , Biiznilah.

Moga Allah reda :')