Monday, 28 January 2013

Keuzuran insan


Perjalanan ini aku tidak sangka, rancangan secara tetiba. Allah sudah aturkan, maka aku hanya ikut saja. Berkemas kelam kabut, mahu sorok itu dan ini secara profesional , tak mahu kejadian yang sama berulang lagi. Naya saja nanti. Usai zuhur, hanya tiba masa untuk berangkat dan menunggu dihadapan pintu. Berkekeh membawa bagasi kehulur. Kepanasan terasa, nafas tak sampai. Terpaksa bernafas dengan kiraan, okay. Much better. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan, aku jauh termenung. Terus mengelamun, menatap melihat keindahan awan yang terhias indah buat mata-mata hamba-Nya, disitu ada kebesaran Maha Kuasa. Dan aku hanya membisu kata-kata , terus menikmati kecantikan-Nya. Dihidang dengan qasidah pengibur jiwa, bibir turut meluahkannya, memuji baginda Rasulullah, sebagai penyembuh rindu yang sekian lama terpendam. 
Tak mampu terlena dalam perjalanan panjang, hati sibuk mahu melihat cantiknya langit.

Nak ke sana , tak disangka. Allah yang rancang perjalanan ni.

Berhenti di sebuah stesen, merawat kematuan tubuh setelah berjam duduk dalam kereta. Keluar mengambil angin, mata-mata manusia sekeliling mengiringi langkahku. weyh, malu gila! Mungkin mereka sangka aku comel berpakaian begini. Haha, perasan minah ni. Barangkali seperti yang disabdakan Nabi..hm. menderu langkah masuk ke 'mobil' kembali. Hampir magrib , sampai juga ke destinasi. Melihat insan yang kian uzur menanti anaknya diluar rumah. Kata maklong, 'hari ni sehari suntuk tunggu kat luar'. Mungkin sudah lama tak pulang.. kasihan melihatnya. Tangan yang sudah dimamah kedutan itu kucium berserta senyuman buatnya. Aku kepenatan, terus rebah ke sofa. Ergh, tetiba ada wanita berambut perang ada di situ. Ohh, kawan maklong ghupanya, okay. 

Suasana macam pelik dan janggal, aku cuba biasakan. Or it's use to be like thiss yo? haa. nevermind. Terus solat maghrib, jamak isyak sekali. Usai tangungjawab, mata bergerak melihat langkah si insan uzur itu, mengigil, jalannya terhincut. Mengukuhkan langkahnya dengan memegang dinding. Makin tak larat sendi menampung tulang-tulang kakinya. Si ibu yang uzur itu sibuk hidang air untuk kami, dia juga dari dulu hingga kini, itulah sakitnya. Nafasnya tak pernah sunyi daripada sesaknya.  Masa makan bersama mereka, aku melihat keduan insan ini, raut wajahnya ..aku cuba bayangkan masa cergasnya mereka. Betapa kuatnya kudrat mereka membesarkan anak-anaknya hingga kini berjaya. 

" makanlah mee tu.." si insan uzur menyuruh anaknya.
"takpelahh.." anaknya  tak mahu.
"penat je jauh datang, tak makan dirumah" nadanya bagai kecewa sekali
aku pula yang tak tega mendengar ,termati senyuman yang dari tadi dok kenyeh.
anaknya tak sampai hati, menarik mangkuk mee yang sudah sejuk..kalau aku, tak selera nak menjamahnya.
Hati orang tua memang sangat sensitif.

Sebenarnya anaknya mahu makan diluar, mahu makan ikan bakar katanya. Aku pun on saja. Tetapi, mata dah tak larat nak buka, sebelum pergi ke gerai makan aku sempat lena. huehuee..bising sudah si umi. Aku buat derk je, sebab penat. Bangun dari subuh, tak kesempatan nak baring pun sampai ke malam. Mengaduh lagi, menyampah. kay, lena 10 minit pun jadi. 

Semua kedai macam dah nak tutup je, heww. lambat mai, boleh pula singgah kedai kasut. Habis 200 ratus disitu. gila! haha, kalau makan losbter tu pun lepas. Disebabkan kasut tu cantik, sanggup pilih kasut daripada losbter. haha. nampak tak ketimannya aku. Perut lapar gila, kebuluran? belum. Kebulur tu kalau dah beberapa tak makan, aku ini nak dikira apa? lapar tahap maximum kuasa sepuluh! dah maximum ada kuasa lagi, weng! Aku redakan aja, orang tuaku sibuk melayan telefon, aku dibelakang. Makan angin perut. Si umi dah ketiduran. Jam sudah menunjukan hampir pukul 11, kedai makan tak nampak lagi. Kay, jauh pusing. Akhirnya, sampai!!!

Bila abang yang amek order tu sampai, aku terus mintak nasi, menu wajib setelah berjam-kjam tak makan. Udang goreng tepung. jadi pilihan. Marilah mencekik! hehe. Selesai makan, buru ke kereta.. nak cepat balik, nak beradu indah. Mata dah tak tertahan. padahal belum pukul 12. Tak mengapa, mataku mahu rehat. Untuk esok melihat lagi keindahan.

Pagi bangun, tak larat nak bangun. Sejuk menerpa, badan bagai beku. Okay, sudah subuh. Dah solat,wirid apa semua, dah wangi.. tup! Aku buntu, tak tahu nak buat apa, mahu tolong di dapur, si ibu tua melarang keras. Maka, laptop yang diam di almari, aku 'sarapan' dengannya pepagi ! Mak long dan kawannya, pepagi pergi beli sarapan kat kawan depa. 

Insan uzur itu duduk di luar rumah, baring di atas sofa, aku intai melihat dia. Matanya terus merenung jauh. Lelaki tua yang uzur umurnya, kudratnya juga memandang ke hadapan, barangkali merenung nasibnya sendiri. Entah kenapa, pandangan matanya terlihat syahdu.. hanya Dia yang tahu apa yang difikirkan olehnya.

Pukul 11, bergerak pulang. Aku leka depan laptop. Hampir pukul 11, aku lari ke belakang rumah, senyap-senyap. Mahu menyendiri, angin bertiup kuat!!!! Sibuk rasa angin, mata sekilas melihat awan, lagin indah nian. Mahu mengalir air mata.. nikmat mata untuk terus melihat kebesaran-Nya. Namun, kenapa ada manusia yang sanggup merosakkan keindahan yang Allah cipta ini ? :( aku terus berangan di situ. Nak rasa angin terus dan terus. 

Keindahan ini, Keindahan-Mu..Tuhan

Pada terik mentari, basah peluh hias didahi, namun sembuh dengan kesejukan angin.

Si ibu dah mencari, panggil untuk bersarapan. Lontong? aku ingat hari raya je ada. Berlaukan sambal sotong dan daging masak jawa. eh haha. Malangnya, daging itu tak dapat dikunyah, gigiku belum diasah rapi. Tak mampu nak gigit daging tu. Wajah insan uzur berhadapan denganku, melihat dia bercerita. Sebelah ada anaknya. Melihat insan uzur itu , melihat juga bapaku. Hatiku terus berkata-kata, air mata yang bertakung, malu mahu mengalirkannya. Esok lusa nanti, bapaku juga akan uzur sepertinya juga. Ibuku akan uzur seperti ibunya. Kudrat bapaku masih kuat hingga kini, apabila dia mengaduh badannya sudah mula sakit, aku terbayangkan masa uzurnya nanti.. mohon ALLAH sihatkan kedua insan kesayanganku ini.

Keuzuran insan di depan mataku ini, beri aku seribu satu rasa tentang hari esok tentang mereka. Moga aku menjadi penjaga mereka kelak. Penjaga makan dan minum, penjaga sihat dan sakit mereka. Mahu jadi 'doktor' sepanjang hari tua mereka. 

"Ya Allah, ampunkan segala dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka, sepertimana mereka mengasihiku semenjak kecil"

The great encounter me and them is the best 'gift' from Him,for me to learn to be a better daughter today and future, might be forever. insyaAllah. Thanks to Allah.