Monday, 14 January 2013

Milik-Mu, Dari-Mu, Hak-Mu.


Yang ada di langit dan dibumi ini milik-Mu,
Diri ini juga milik-Mu,
Segala yang ada dalam diri ini milik-Mu,
Nikmat yang Kau beri, milik-Mu,
andai Kau mahunya kembali, itu hak-Mu.

Sakit yang datang ini, dari-Mu.
Menyembuhkanku juga hak-Mu.

Biarpun sehari, berapa lama jua..
Sakit itu penghilang dosa,
apakah kau mahu memberontak hiba?
Nikmatilah rasa sakit, nescaya kau menghargai sedalamnya nikmat sihat itu.

Tuhan... 
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu..

[Edcoustic]