Sunday, 10 February 2013

Segalanya hati.


Hati manusia mana bisa diteka-teka,
nampak gembira,
namun hati punah dicarik.

Hati manusia nampak tough,
tapi entah ke berapa kali menangis,
walaupun cuba bertahan.

Mahu diluah,
air mata yang mendahului bicara.

Orang beriman itu penuh cahaya sabar,
biar kali dihentuk kecewa walaupun luka,
dia meletakkan Allah tetap utama.

Membiarkan Allah yang atur kehidupannya,
dia disini terus berdoa dan usaha untuk mencipta bahagia,
jangan hilang yakin pada Dia.

Mana mungkin hati dapat bertahan kalau tiada iman?
Kuncinya iman.

Walaupun berduka, dukanya tidak akan lama-lama.
Sampai lupa tanggungjawab dan tak mahu cari bahagia.
Rasulullah juga pernah berduka,
tapi dakwahnya tak pernah berhenti tersebar.
Terus juga bahagia.

Jangan hilang arah,
pandu hati dengan iman.
Pertolongan Allah itu sangat dekat.

Here comes rain again.





Footnote : biarlah org nak meneka hati kita bagaimana, Allah knows all secret of all hearts :)