Tuesday, 5 February 2013

Ukhwah itu


Aku terinspirasi dengan hasil penulisan Saudara Hilal Asyraf tentang UKHWAH. Ramai yang mengucapkan ukhwah fillah, manis dan rasa gembira apabila seseorang itu mengucapkannya kepada kita.

" sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..”
[Al-Hujurat:10]


Ukhwah yang sebenar itu terjalin bukan kerana kepentingan diri semata-mata. Ukhwah itu dibina atas dasar akidah dan bersama menjalinkan silaturahim dengan harapan Allah memelihara ukhwah ini hingga ke syurga.
Ya, segalanya bermula dengan keimanan yang diterapkan dalam ukhwah yang dikatakan kerana Allah itu. Benar kerana Allah, maka keimanan harus dibumikan dalam diri setiap jasad mereka yang berukhwah.
Contohnya, bersama pergi ke majlis ilmu, apabila berbual membawa kepada bicara tentang mentauhidkan Allah, tentang akhlak muslim.

Habis tu? Tak leh gurau ke brooo?
Bukan, Rasulullah juga ada bergurau dengan sahabat-sahabat baginda, Tetapi gurauan baginda bukan gurauan kosong, semuanya tentang kebenaran. Itu apa yang saya dengar dan saya baca.

Di dunia ini kita kena bijak memilih kawan. Pilih kawan yang taat dengan Allah. Jangan dimahsyar nanti kerana dia kita bersama ke neraka pula. Carilah kawan yang dibina dengan matlamat

"Ayuh! kita cari reda-Nya, nanti boleh masuk syurga sesama"

Sweetkan? Indahnya kalau benar bersama ke syurga. Moga-moga. InsyaAllah ye teman-temanku.

*Law kana bainana now playing.

Aku teringat kata-kata seorang komposer hebat ni ;
Selagi kau saudara se-akidah denganku, akan ku sambut tanganmu daripada terjerumus ke lubang neraka. Aku mahu kau dan aku ke syurga-Nya.


Mari, tarik tanganku ini bersama berukhwah kerana-Nya! 
Jangan biarkan aku tenggelam, 
lemas terkena duri dunia yang berbisa..
Bantulah aku membina taqwa,
berhati-hati dengan duri yang nampak indah,
sedangkan hakikatnya ia menempah murka.

O Allah! I seek Your forgiveness.