Friday, 8 March 2013

Hikmah yang tersembunyi






Sebaikmana rancangan kita pada hari ini, ia tidak akan menjadi andai Allah tidak izinkan. Desaklah bagaimana jua caranya, ia tetap tak akan menjadi. Maka, dalam merancang, setiap insan perlu menggunakan 3 konsep utama ; usaha doa dan tawakal. Usaha yang gigih dalam membina matlamat dan perancangan. Berdoa agar dipermudahkan "Rabbi yassir wala tu'asir" Ya Allah permudahkanlah urusanku, janganlah Engkau sukarkan. Akhir sekali, bertawakal kepada Allah. Andai racangan itu tergendala, yakinlah pada setiap yang terjadi Allah sudah tetapkan sebuah hikmah yang tidak kita ketahui.

Hikmah itu ibarat mutiara, sukar ditemui. Insan yang fokus mental dan fizikal, mereka akan terus mencari sampai rasa syukur mula meresapi. Kerana hikmah itu tersangat indah, ia sentiasa melebihi apa yang kita perlu.

Allah  has His greater plan, trust in Him 

Orang yang beriman itu berhadapan dengan sesuatu perkara dengan jiwa yang tenang. Serta mohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat.

Hari ini Hari Jumaat,
jangan lupa untuk kita berselawat.

Allahumma soli 'ala muhammad :)







No comments:

Post a Comment