Saturday, 20 April 2013

Pada kesabaran itu.

Dalam kita menempuh liku hidup yang bersisa-sisa ini, dugaan tidak pernah sepi. Hadir tidak mengikut musim. Namun iman dalam hati muslim itu yang bermusim. Kadang ,basah disiram tarbiyah, kukuh dengan benteng iman. Kadang, kering tandus. Mudah rapuh, tidak kukuh. Ujian itu datang mengukur iman di hati, mengukur cinta kita pada-Nya. Namun, itu buat muslim yang berfikir dengan minda dan celik hati.

Pada permulaan ujian itu, jiwa dilanda taufan dahsyat. Emosi tidak terkawal. Bertekak dengan bisikan syaitan yang tidak putus asa. Kita lupa agaknya, ujian itu datang dari Allah, maka pada Dia kita patut mengadu. Ujian itu juga datang kerana diri kita yang sudah lupa bahawa kita HAMBA. Allah dengan rasa kasihan dengan kita, yang hanyut dengan pesona dunia. Dia menarik kita kembali kedalam lembayung kasih-Nya dengan menghantarkan cinta berupa ujian.

Membina benteng kesabaran dengan bongkah kekuatan tidak mudah. Melainkan kau masih punya harapan pada-Nya, masih percaya pada-Nya, dan masih berpegang dengan iman yang tersisa. Pentingnya sabar pada permulaan. Pada pertengahan kau sudah mula kuat, pada akhirnya..kau mula bangkit dan redha.
Dua situasi insan yang dilanda ujian ; pertama, redha dan makin dekat dengan Allah. Kedua, bangkit dan makin jauh dengan Allah.

Life is test. Live well or live hell. You choose


Kerna itu, adakalanya kita melihat seseorang yang dilanda ujian, mereka kerap berdiam diri. Kerana mereka memerlukan masa untuk mencipta kekuatan, mereka memerlukan masa untuk berkomunikasi dengan hati sendiri dan mengaduh pada-Nya.



Kita perlu mendengar karenah rintihan hujan, pada waktu kita memerlukan terik matahari dan indah pelangi.
Kerana apa yang kita mahu, kita perlu mencintai apa yang ada dahulu.
dan,
Saat lamanya memendam kesabaran dengan iman, Allah tidak sia-siakan.
Pada akhir kesabaran itu, semua akan terlihat indah..

dengan izin-Nya..

Ku kira dugaan ini menjauhkanku dariMu, Namun tidak. Aku tersenyum dengan cinta :')

No comments:

Post a Comment