Monday, 9 December 2013

Banyak kisah.

Sudah lama, sekian bulan dan hari. Minggu dan saat.
Ruang ini biarkan kosong.
Penulis ini diam seketika.
Menjauhkan diri dari terus berkongsi kisah.
Kisah yang menyentuh sensisitivit iman,
cabaran tak pernah henti,
iman terus diuji.
Penat ,Allah Maha mengetahui.

Selesai sudah semester 1,
tertunduk syukur pada Dia,
terharu dengan segala kebaikkan Dia,
limpahan rahmat dan nikmat berterusan.
Sahabat-sahabat perjuangan,
mualim dan mualimmah yang berusaha untuk setiap cabang ilmu.

Biarpun sendirian,
biarpun diuji dengan kalam-kalam berbisa manusia,
Allah kurniakan hatiku dengan sabar yang dipinjamkan-Nya,
namun apa diri ini mampu bersabar hingga akhirnya?
Mohon begitu, selamanya sabar dan tabah.


Andai Allah mahukan kebaikkan ke atas diri seseorang,
maka Allah akan memberikannya kefahaman Al-quran dan As-sunnah.
Allahu Allah. Mohon..pilihlah aku.

Thabat aku dengan ilmu ini.
Bahkan bagiku ini satu rahmat.
Satu cinta,menyeru jiwa mengenali Muhammad ibn Abdullah,
dan mengenali DiriMu jua dari segenap pandangan.

Hati mohon berzikir,
mulut mohon berkata yang baik-baik.
Kaki mohon mahu menuju syurgaNya,
mata mohon husnuzon,
tangan, gerakkan syiar Dia WALAUPUN sedikit.

Allah, permudahkanlah segalanya.
Agar kelak.. bila Kau bertanya..
kemana habisnya umur aku?
Aku boleh menjawab dengan mudah..
"aku lakukan ini untuk agama-Mu.."

 ....

Sebenarnya, banyak kisah yang mahu dikongsikan.
Cuma baris-baris ini mampu aku kisahkan.
tak mengerti, tak mengapa.
Lihat kisah sendiri, terus reflek nafsi.

No comments:

Post a Comment