Thursday, 12 December 2013

"Miss siti berkata..."

Kelas hadith terus mencucuk hati,
mantera apatah yang diguna miss siti,
meremang bulu tengkuk,
mata dan kaki tak berganjak memandang murabbiyah cinta hati aku ni,
terus menggelar kami bidadari syurga..
terharu kmk! 

Miss siti,
mungkin kita mengalami situasi yang sama cuma cara yang berbeza,
kau penat..aku jua penat.
Penat dengan keletah dunia.
Ada saje yang buat hati menyimpang seketika,
ada saja tipu daya yahudi dan nasrani,
ada saja ulama bertelingkah,
ada saja yang merosakkan agama,
ada saja puak yang meracuni,
tapi mukmin itu sentiasa hidup di merata bumi,
islam itu akan menang, pasti!
Allah dah janji.

Qola miss siti,
masanya sebenarnya sudah pun tamat,habis.
Kita disini sedang meniti dan menanti panggilan Illahi.
Sedang beratur dalam mimpi.
Kita belum sedar.
Bila sudah sampai di tempatnya,
baru kita sedar sepenuhnya.
tapi tiada gunaa.

No comments:

Post a Comment