Monday, 21 April 2014

Fasa 3

Menuntut kembali jari jemari menari di fasa tiga ini.

Hidup + Ujian = Kehidupan Sang Abid



Fasa tiga,
banyak gubahan dari aku dan Dia.
Takdir dan nasib yang berbeza.
Turun dan naik iman di dada

Fasa satu ,
yang unik dan seronok,
sampai rasa bahagia menusuk.
Ujian ditangkis, 
sebenarnya itu hasutan nafsu dan iblis.

Fasa dua,
air mata mengganti tawa,
air mata luahan segala,
air mata tanda syukur ke Dia,
air mata tanda tersungkur aku di dunia.

Rabul jalil,
menanam ujian pada setiap fasa,
pada yang aku mampu galas,
biar terasa berat,
namun sebenarnya kau menggalas berlian 
untuk raih syurga.


Meneruskan lagi di fasa tiga,
ibrah lepas ajarin aku ,
bersedia dengan iman dan senyuman pada gumpalan taufan,
yang bila bila akan membadai.

Ingat Allah sentiasa wahai kesayangan :')

No comments:

Post a Comment