Saturday, 7 May 2016

ME IN THE FUTURE - PART 1


22.58 / SABTU

Di pertengahan 2016. Aku digaris waktu yang dimana pernah aku imaginasi, siapakah aku pada 5 tahun akan datang. Bagaimana keadaan aku pada 5 tahun akan datang?  Apa yang akan aku alami pada 5 tahun akan datang? Adakah dia yang aku cinta akan sentiasa ada di sisi pada 5 tahun akan datang? 5 tahun sudah berlalu. Aku kembali menulis cerita dengan sebuah rentetan kisah seorang gadis yang baru melihat dunia. Aku pemusafir abadi dan selamanya abdi Dia.



Zaman universiti atau kampus adalah zaman dimana kau meneroka semua aktiviti yang tersedia di depan mata. Zaman melihat siapa kawan siapa lawan. Zaman kesetiaan diuji dan zaman mengenal sebuah perasaan. Zaman kekontangan wang akibat boros untuk keseronokan. Zaman dimana sekolah adalah kisah kisah yang paling kita rindui. Pendek kata, semuanya berbeza,



Kembali kepada realiti aku sebagai pelajar pengajian Islam, yang pasti akan mendidik generasi muda untuk dekat dengan agama Allah. Itulah misi saat aku melangkah ke International Islamic College. Mula mencebur diri dalam arena dakwah dibawah pengendalian bro fazly sebagai biro dakwah dan spititual. Tak pernah menyangka yang aku ini bakal dipilih untuk mengenal sebuah organisasi kuat , STUDENT REPRESENTATIVE COUNCIL ( SRC ) . Gah sekali, bukan? Dari situ aku dapat melihat bahawa indah khabar dari rupa. Ketawa kecil apabila mengimbau kembali episod episod sebagai ahli dakwah. Kesimpulannya, jika dakwah bukan dasarnya kerana Allah pastilah dakwah itu tidak tersebar dengan jayanya. Jika niat para ahli dakwah tersimpang meski sedikit, pastilah ia menghancurkan amal. Maka, badan dakwah itu ahlinya perlu ditarbiyah dengan ilmu, bukan dengan pujukan keseronokkan.



Pengalaman cinta? Aku juga terkena tempiasnya. Cinta Islamik memang sinonim dengan Institusi Islam seperti di IIC. Suasananya  Islamik yang membuatkan cinta Islamik tumbuh bak cendawan selepas hujan. Setelah 6 bulan di IIC, fitrah wanita aku diuji dengan sebuah perkenalan yang singkat dan tidak sengaja. Macam novel tapi sebenarnya ia realiti. Perkenalan yang dilanjutkan hingga terjadinya konflik antara 2 sahabat baik. Lagi sekali, macam novel tapi ia realiti. Perasaan itu sudah terpaut dan disulami dengan harapan. Bahkan bercampur baur dengan rasa bersalah pada salah seorangnya. Dia yang sering bersama aku , kehadirannya seperti biskut apabila aku dalam susah. Seorang lagi, perasaan aku terhadapnya selesa sebagai teman namun kerap muncul bila aku dalam kesusahan. Dilema, drama air mata dan konflik bermula. Kesimpulannya, harapan itu jarang menjadi realiti maka jangan berharap tinggi - tinggi. Bukan semua lelaki yang nampak single sebenarnya single. Kekadang mereka berselindung. Kau wanita , jangan mudah percaya.



TO BE CONTINUED.



No comments:

Post a Comment